Saat hamil bukan saja perut makin membesar, malah sesetengah ibu hamil juga akan mengalami perubahan hormon yang ketara antaranya ketiak dan leher menjadi hitam serta berbau kuat. Korang ada yang sedang alami masalah ketiak hitam dan berbau yang selalu dialami oleh ibu hamil ni?
Aya banyak mendengar rungutan kawan2 yang berkongsi pengalaman hormon berubah ketika hamil, sebenarnya ketika hamil hormon ibu akan berubah dan merangsang melamin dalam tubuh ibu. Sebab tu ada sesetengah ibu mengalami masalah ni.
Masuk 2nd trimester membuatkan masalah ni semakin parah dan buat ramai ibu rasa tak yakin diri, bertambah risau kalau en.suami ternampak ketiak hitam dan berbau tu kan?
Teringat pengalaman Aya ketika checkup diwaktu kehamilan dulu, Aya selalu terbau bau badan dan ketiak ibu hamil sangat kuat, perkara ini bukan saja buat ibu hamil tak selesa dan malu, malah orang sekeliling pun boleh stress dengan bau kurang enak ni.
ANTARA PUNCA IBU MENGALAMI MASALAH KETIAK HITAM
- Perubahan hormon
- Kencing manis
- Kerap bercukur
- Obesiti
- Deodorant yang tidak sesuai
Alhamdulillah sepanjang hamil dan setiap kali hamil Aya tak ada masalah yang kebiasaan ramai ibu hamil hadapi.
Sebab tu Aya rasa terpanggil nak share tips untuk ibu hamil atasi masalah ketiak hitam,berbau dan gatal dengan hanya guna dua item sahaja,
Ouh ye sebelum Aya share tips ini, korang juga kena kenalpasti punca dan sebab ketiak hitam. Mungkin selepas ini boleh cuba kaedah lain untuk buang bulu ketiak, macam Aya sejak dulu Aya menggunakan pengepit bulu dan cabut satu persatu, haha gigih ye sebab sayang ketiak dan nak ketiak cantik LOL. Bertukar kepada deodorant yang menggunakan bahan natural. Aya guna deodorant brand Forever kerana berasaskan aloe vera dan ada garam bukit tak silap Aya. Tak kisah korang nak pakai brand mana yang penting natural dan sesuai.
Daripada dulu Aya memang minat bab kecantikan dan sangat suka menyental badan, nak badan sentiasa bersih. Teringat dulu di asrama pernah mandi air bunga petik bunga2 di asrama. Tak pasal kena marah dengan ketua aspuri penuh bunga dalam toilet LOL.
Biasa orang sering abaikan penjagaan ketiak, kalau muka hari2 buat 10 layer step korea tu kan? haha. So jom aya nak share tips penjagaan ketiak.
Aya dah amalkan sejak dari tingkatan 1 lagi amalan ni, umi Aya ajar, dari dulu Pakai limau nipis je untuk wangi kan ketiak dan badan, ketiak Aya pon alhamdulillah putih. Memang berkesan .
Bahan2:
✅natrium bikarbonat/ sodium bikarbonat
✅limau nipis
2) Diet yang tidak seimbang
Boleh klik share entry ini boleh kawan2 lain yang ada masalah ketiak hitam dan berbau cuba jugak.
Master Aya Zuki
Wah menarik tu. Alfafa boleh buat scrub ketiak jugak kan kalau preggy?
ReplyDelete