Thursday 14 October 2021

AYA ZUKI | KISAH PASANGAN FIZO DAN MAWAR TTC BERSAMA DR HAMID ARSHAT




Ini adalah coretan Dr Hmid Arshat sendiri, Aya nak kongsikan dengan lebih meluas kepada followers Aya.

Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian bolih tersumbat. Cyst bolih tumbuh dalam ovary. Rahim bolih bengkak dan melekat kepada usus.

Dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah


Kisah pasangan Fizo dan Mawar




Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb January 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.


Apabila saya kaji sejarah Kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.

Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit. Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis.

Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.


Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.


Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap.

Dalam pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb January 2016.

Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah keperingkat 4 , rahim lekat kepada usus dan kedua2 saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut2 dan lekatan akibat penyakit endometriosis.


Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetuikan daripada retroverted kepada anteverted.

Dengan situasi kerosakkan terok pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakkannya.


Disamping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu peroses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormone estrogen disekat sepenuhnya.


Simptom2 menopause memang amat dirasai olih Mawar, khususnya panas badan, gangguan2 emosi dan tidur, lenguh2 sendi dan lain2. Fizo pun sering ceritakan hal ini pada saya.


Tempoh ini sangat penting untuk beri peluang kepada peranakkan untuk menjalani peroses baik pulih. Disamping itu, Mawar perlu makan bahan2 yang berzat dan berkhasiat. Saya nasihatkan 70% makannya terdiri dari yang mentah dan segar.

Mawar juga diberi supplement multivitamin, vit C, vit E, fish oil Dan calcium.


Saya periksa Mawar setiap 3 bulan dan setahun lepas pembedahan masih lagi belum hamil. Tapi bila saya scan rahim nya normal dan anteverted.


Saya ingin tahu samaada saluran fallopian yang dulu tersumbat dan telah saya repair sudah pulih atau belum. Pada 27 hb February 2017, Mawar menjalani x-ray HSG.


Alhamdulillah, keputusan nya kedua2 fallopian tube sudah terbuka, hanya ada sikit peritubal adhesion.

Saya nasihatkan Mawar dan Fizo jika masih belum hamil dalam tempoh 6 bulan, sebaiknya buat rawatan bayi tabung uji atau IVF.


Alhamdulillah, pada 16hb may Mawar disahkan hamil, lambat haidnya selama 4 hari. LMP 12 hb april 2017.

Berjaya hamil

Gambar scan baby 4 bulan

Contoh endometriosis, cyst ovary mengandungi darah

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Terima kasih kerana membaca

Continue Reading

AYA ZUKI | PESANAN DR HAMID ARSHAT KEPADA SEMUA WANITA



Dato' Dr. Hamid Arshat antara pakar sakit puan melayu yang terawal sekali muncul di persada perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan orang-ramai untuk masalah kesuburan

Ini adalah pesanan dan nasihat beliau buat wanita dan pesakitnya di luar sana.



1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.


2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.


3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.


4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.


5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.

Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.


6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)


7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.


8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.


9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.


10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.


11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.


12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.

Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.

Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.


13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.


14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.


15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '


16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.


17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.

Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.


18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.


19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.


20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.


21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.

http://www.jabalnur.net/376648669


22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.


23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.


24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"

Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'

Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.


Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin


ini adalah coretan dari Dr Hamid Arshat sendiri,

alhamdulillah Aya sendiri pun amalkan supplement dan jenis vitamin yang Dr Hmid Arshat suggest (pilih natural dan ada landmark study)

Pilihan Aya semestinya Shaklee. Alhamdulillah dari awal kehamilan sampai la lepas bersalin dan menyusu badan pon aya amalkan supplement dan InsyaAllah sampai akhir hayat Aya akan terus amalkan.


Set Hamil Shaklee Yang Aya ambil

sampai sekarang walaupun anak dah berusia 2 tahun lebih pon Aya masih amalkan. 


Jatuh cinta dengan effect ESP dan Vitamin C


Buat ibu2 atau bakal ibu yang berminat nak sihat dan nak jaga diri biar lebih sihat. meh wasap aya ye, kita sembang2 dan borak pengalaman kita. 


klik sini www.wasap.my/60103845625


Thanks!

Continue Reading

Tuesday 12 October 2021

AYA ZUKI | PENGALAMAN D&C (CUCI RAHIM) DI ANDORRA BERSAMA DR KHAMSIAH

Assalamualaikum semua!

Pada waktu posting ini ditulis alhamdulillah aya baru sahaja 12 hari habis berpantang selepas d&c. Merdeka! haha

Aya zuki



Aya nak share pengalaman buat D&C di Adorra Women And Children Hospital. Adorra ni terletak di Sri Kembangan, Selangor. Bersebelahan je dengan Stesen minyak Shell yang menuju ke highway SKVE.
cantik kan? memang cantik!


Selepas checkup dan pergi buat confirmation lagi sekali dengan Andorra memang terpaksa kena cuci rahim jugak. Tak expect jugak benda ni sebab Aya memang tak ada masalah langsung sepanjang kehamilan. Tak ada bleeding dan tak ada cramp perut ke apa. Semuanya smooth sahaja. Speechless jugak pada mulanya.

Dan perasaan Aya time tu lebih ke arah takot nak kena D&C, macam - macam la yang bermain di fikiran, paling takot adalah "sakit ke proses D&C tu?" 

Jadi aya pon mula la google dan tanya kawan - kawan pengalaman mereka, boleh dikatakan semua bagi feedback negetif haha, katanya sakit yang teramat proses D&C ni, lagi sakit dari proses bersalin, fuhh koyak jugak la dengar, sampai tak boleh tidur malam duk menangis hahaha.

Dorang cakap kalau dekat Hospital Kerajaan tak ada bius, doktor korek hidup - hidup. Tak tau la betol ke tak apa dorang cakap tu, sebab Aya tanya doktor swasta masa checkup tu Dr cakap Hospital Kerajaan bius je. so tak tau la yang mana satu betol, seram jugak tu kalau tak bius. Boleh jadi gila jugak la.

Dan waktu pendamik ni doktor suggest avoid Hospital Kerajaan sebab sana kan full dengan pesakit covid, dorang pun busy sekarang. Lebih merisaukan takot berjangkit covid! 

Doktor dekat swasta ni pun ada cakap better tak payah pergi jugak D&C di goverment buat masa sekarang sebab full dengan pesakit covid dan ibu hamil. Beri laluan pada yang lebih memerlukan. Mungkin hanya akan dapat ubat untuk janin keluar sendiri, dan benda tu boleh buat ibu jadi trauma menahan kesakitan di rumah dan bleeding teruk. 

So Aya decided nak buat dekat Andorra since memang dah plan dari awal nak bersalin di situ nanti. 



Sangat selesa dan cantik suasana di Andorra. Sedikit sebanyak tenangkan hati yang gundah ini.

Alhamdulillah rezeki Aya founder Andorra sendiri iaitu Dr.Khamsiah yang handle kes Aya. So humble dan lovely!

Motherly sangat tau! Dr.kham usap2 muka kita, cium dahi dan usap tangan. Auch terharu!




Aya admit pagi dalam 8am, dan kena puasa sebelum proses d&c bermula. Tapi kena posponed pulak sebab tiba2 ada patient kena ceaser last minit. Jadi waktu aya kena posponed ke tengahari. 

Time tu lapar teruk jugak lah. Dan actually aya gih makan sikit sebab lapar tahap teruk sangat, dan dorang gih hidang makan pulak. Lepas makan rasa takot pulak, terus call adik tanya apa effect kalau makan. Kena marah teruk dengan adik huhu. Adik aya pon pon bidang medik jugak, jadi dia bagitau apa kesan dan kenapa kena puasa. Huwaa takot dengar. Apa kesan dia korang boleh google sendiri okeh. Tapi sangat bahaya! Sisa makanan boleh clog lung kita sebab bila kena bius nanti badan kita akan stop berfungsi. Korang jangan buat perbuatan ini okeh sobs.

Tengah lapar, tiba2 hantar makanan yang sedap ini. Bagaimana saya nak puasa. Cuba jawab? Wahahah


Dan tibalah masa untuk aya di bawa masuk ke dewan / bilik untuk proses D&C, pelbagai perasaan time ni. Hanya zikir dan selawat menjadi peneman saat ni. Takot sangat kalau sakit. 

Dr. Khamsiah datang dan tenangkan Aya, beliau cakap “puan jangan risau, dekat Andorra ni kita tak guna kurret untuk keluarkan janin. Kita sekarang guna mesin vacuum, lebih selamat dan tak cederakan rahim. Kalau kurret tu boleh cederakan rahim dan boleh ada risiko rahim bocor”

“Nanti lepas bius, puan tak akan ingat apa2 pon tentang proses ni”

Ya Allah lepas dah masuk dewan tu makin gementar dan lagi takot wehh dari nak bersalin!! 

Dr khamsiah mula masukkan bius, seingat Aya 3 kali..

“Okay puan mengucap sekarang, baca sama2 ikot doktor ye”

Cukup mengucap kali ketiga….. ku rasa macam pejam mata kejap, lebih kurang macam terlelap 3 saat. Lepas tu bukak mata balik.

Aya pon tanya nurse,
“Nurse bila kita nak start?”

Nurse pon cakap “dah siap puan proses d&c, kami akan tolak puan berehat di bilik semula ye”

“Haaa dah siap? Tak rasa apa2 pon, macam tak start lagi pon” hahaha speechless wehh. Sampai dekat bilik tengok encik suami tunggu di situ. Tanya suami pukol berapa sekarang?

Dah pukol 4 lebih katanya. Fuhh dasyat kesan bius tu. Rasa macam baru pejam mata 3 saat, rupanya dah berejam berlalu. Sumpah tak ingat dan tak tau apa langsung apa yang berlaku.

Tanya nurse “boleh ke saya nak tengok janin saya tu?”

Nurse cakap “kejap lagi saya bawak, tapi puan jangan trauma pulak ye tengok, sebab dah hancur2 sebab kita vacuum untuk tarik”

Then nurse pon tunjuk dekat Aya dalam bekas, sebak jugak lah time tu tengok badan dia dah hancur2 kena sedut 😢

Selepas 1 jam lebih aya tidur dan rehat dr khamsiah datang dah tanya keadaan aya. Cek aya. Dr khamsiah sempat lagi bagitau kalau nak peregnant lagi tunggu lepas 3 bulan dah boleh hamil semula. Hahaha risau bulan ni mengandung balik je 😂



Aya sejenis yang mudah lekat kalau tak jaga. Actually tahun ni dah dua kali pregnant huhu. Tapi jatuh tangga tergolek. Sebulan kemudian pregnant balik. Risau jugak kadang2 kalau jenis mudah lekat ni. Kena jaga betol2 huhu. Buat masa sekarang nak rehat dulu kalau boleh. 

Lepas operation D&C terus alahan hilang wehh, lapar teruk terus haha. Alahan akan tetap ada selagi tak D&C, lepas D&C terus hilang. Nikmat makan datang balik.

Petang tu dapat sajian lagi dari Chef Zubir, memang sedap gilos menu2 di Andorra. Next anak nanti nak datang sini lagi hehe. Takde trauma dan tenang2 aja. Alhamdulillah.

Sedapnyaa ikan kukus stim dan ayam kari kot. Tapi versi sihat.



Sebelum tu punya la gelabah, yelah tak pernah lalui kan. Menangis berhari2 dan stress jugak fikir pasal D&C, rupanya tak sakit pon macam yang orang cerita. Alhamdulillah sangat semuanya dipermudahkan.

Untuk ibu2 yang mengalami masalah seperti Aya, jangan stress2. Teknologi sekarang dah makin maju. Tak sakit dah.


Lepas maghrib aya dah boleh discharge. Bermula la journey berpantang di rumah.


Ouh ye, kos untuk D&C di Andorra sama macam nak bersalin normal jugak. Total semua habis 4-5k jugak.

Aya sangat berpuas hati dengan servis di Andorra dan tiada trauma emosi sepanjang proses ini. Enjoy dan rasa nak duduk lama lagi di Hospital 😂

korang boleh share entry ini kepada kenalan anda yang bakal lalui proses D&C

Continue Reading