Friday 7 January 2022

Skincare Rutin Selepas Breakout Kesan Produk Merkuri | Aya Zuki


Hari ni Aya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kulit wajah breakout akibat pakai produk yang mengandungi merkuri dan bahan bahaya. Pernah lalui pengalaman perit ini sewaktu umur 20 tahun, time tu zaman study dan ketika itu lambakan produk merkuri memang banyak, dari siam pun banyak. Dulu - dulu belum cerdik lagi tentang ilmu skincare, habis kulit ku ganyang dengan skincare merbahaya 3 beradik tu, yang ada set 3 serangkai ( pencuci sabun, day cream dan night cream tekstur yang pekat likat berkilat. oh no! Ha awak pun ada pengalaman yang sama ke? hehe

Mula - mula memang cantik kulit, gebus dan bertambah putih kulit yang memang sedia putih, malah seputih mayat jadinya HAHA. Selepas 3- 6 bulan nah! Habis naik jerawat dan biji - biji putih di bawah lapisan kulit dan tiada punat. Memang malu nak tunjuk muka breakout ketika tu. Level keyakinan diri terus jatuh lif!
zaman study dulu haha (berjerawat) 
dulu jarang bergambar masa muka teruk


Waktu sem 3 Aya mula kenal dengan produk Shaklee, curi - curi makan vitamin C Shaklee yang kakak punya. Alhamdulillah memang nampak perubahan yang ketara kulit dah kurang berminyak, jerawat mengecut dan parut ada yang mudah pudar dan ada yang degil hilang, pernah alami?
FULL SET YOUTH SKINCARE SHAKLEE

Kulit wajah Aya jadi sangat sensitif dan tak boleh pakai sebarangan selepas breakout, namun 3 tahun lepas aya telah dikenalkan dengan skincare Youth Shaklee, Aya tengok pula kulit orang - orang yang pakai skincare YOUTH ni memang CANTIK dan AWET MUDA!
KULIT AYA HASIL YOUTH :)


Jadi Aya mula pakai full set, item yang ada

1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
Pembersih pH seimbang bebas Sabun 3 dalam 1, pembersih ini mencuci lembut, dan memastikan kulit kita bersih dan sedia untuk produk youth yang seterusnya.

Luminating Cleanser Youth Shaklee ini mengabungkkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk MENGHALUSKAN DENGAN LEMBUT, MENYUCI DENGAN MENDALAM KE LIANG PORI

Pencuci Youth Shaklee sangat best tau, sebab lepas cuci kulit kita tak rasa merengsa/ kering tegang yang buat tak selesa seperti kebanyakan clenser yang aya pernah pakai, kulit kita rasa lebih moist / lembab selepas mencuci muka. Kalau korang pakai make-up ringan / nipis, boleh dicuci terus hanya sapukan dengan kapas. tapi kalau pakai solekan tebal, perlulah menggunakan make-up remover dulu, sebelum mencuci. 

Pencuci Youth pakai sikit je pun dah memadai dan mencuci sampai ke liang lahad, eh liang pori! haha 

Bahan utama yang diguna oleh Luminating Cleanser Youth Shaklee : 
  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

2) PERFECTING SKIN TONER
Dah cuci wajiblah pakai toner. Ia akan bantu exfoliate sel kulit mati, menghidrat dan beri khasiat untuk kulit kita. Tuang toner ke kapas / tapak tangan kemudian lap muka perlahan-lahan sampai meresap. Rasa segarnya kulit tu macam baby. hehe

Perfecting Skin Toner membebaskan sel-sel kulit kita yang kusam dan buang kotoran yang menyumbat pori. 

Bahan utama yang diguna oleh Perfecting Skin Toner Youth Shaklee : 
  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

3) YOUTH ACTIVATING SERUM
Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita. Ia akan merangsang penghasilkan sel kulit baharu. Serum ini teknologinya telah dipatent oleh Shaklee.

Serum Youth dipakai pada waktu malam, sebelum tidur. Jeragat aya semua hilang! memang sangat powerful serum ni, aya akan mix kan dengan nigh cream. Plumpy habis skin, sangat ketara ye beza!
Serum Youth mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang bertindak memperbaharui sel kulit dari dalam. Terdiri daripada campuran vitamin A, polifenol dan YOUTH COMPLEX. 

Mengalakkan kolagen dan pembaharuan sel kulit hingga ke peringkat kulit paling dalam. Serum Youth Activating sangat pekat tau. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam Serum Youth adalah YOUTH Complex dengan apple stemcell, Lotus Japonicus, Vitamin A bercapsul. Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & hasilnya sel-sel kulit menjadi awet muda


4) AGE DEFENSE MINERAL MOISTURIZER SPF 50
Krim pelembap memberikan perlindungan daripada sinar UV. Krim pelembab dilengkapi SPF 50 UVA / UVB sinar matahari malah turut melindungi kuit daripada pencemaran alam sekitar dan radikal  bebas. 

Cuaca Malaysia sangat panas, jadi Shaklee formulakan Khas untuk pengguna Youth Asia  rumusan SPF 50, yang sama sekali tidak menutup pori kulit sebagaimana krim SPF lain di pasaran. MOITURISER Youth istimewa tau, sebab Moisturiser Youth adalah Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori), best kan? jadi tiadalah berpeluh-peluh muka kita. 

Krim pelindung matahari Youth ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer daripada hidupan laut. Ni lah rahsia kulit glowing namateyyy selepas mekap, sebelum make-up Aya akan sapu age defense mineral moisturizer SPF50 ni dulu. Make up akan bertambah cantik dan tidak crack!


5) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH OR LIGHT) 
Krim sangat penting. Krim malam Shaklee YOUTH bertindak menghidrat dan melembutkan kulit semasa tidur. Ia akan meresap masuk ke dalam lapisan dalam kulit. Hasilnya kulit yang lebih segar, anjal dan sihat.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu mengaktifkan kolagen dan keanjalan untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin dan paling istimewa lebih berseri bila bangun pada pagi keesokannya. hiks


6) RADIANCE C + E CAPSULES
Kapsul yang sangat istimewa, pati Vitamin C dan E 20 peratus (%) tulen. Kepekatan 20% Vitamin C adalah antara yg tertinggi di pasaran. Kebaikan Vitamin C adalah untuk menghilangkan parut, melicinkan kulit, mengurangkan garis halus, mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat. Radiance ni adalah KING dalam Youth. Radiance C+E ni dibuat dalam bentuk kapsul sebab nak lindungi kandungan PURE VITAMIN C + E kat dalam tu dan elak teroksida. Yang berkualiti pasti terbaik untuk kulit. 

Kapsul tu sendiri pun bukan dari bahan sintetik tau, tapi ia dihasilkan dari biodegradable source. 
Betapa Shaklee sangat mementingkan keselamatan bukan sahaja untuk kita yang menggunakan produk² Shaklee tetapi juga selamat untuk bumi kita.

Dah lah bahan pure! Selamat pulak tuuu. Best kan?
‘KING’ of YOUTH SKINCARE ni tau korang. Bukan yasherr² ni

7) BB CREAM
Diformulasikan dengan polifenol anggur muscadine untuk melindungi dari radikal bebas yang merosakkan, ditambah dengan vitamin C, E, dan B5 untuk menyihatkan kulit.  Green Algae membantu meningkatkan keanjalan, sementara polimer yang berasal dari lautan membuat perisai perlindungan pencemaran.  Zink yang dihasilkan secara semula jadi memberikan perlindungan matahari SPF 30 Broad Spectrum UVA / UVB bebas bahan kimia.

Produk YOUTH® semuanya 100% bebas vegan dan kekejaman haiwan. Inilah make-up harian Aya, sangat selesa kerana tidak pekat, tekstur yang ringan dan tidak menyumbat pori.

Paling penting bila make-up skin jadi glowing persis korea! kihkih

wajib cuba gais!! 



8)RESTORING EYE TREATMENT YOUTH
Eye treatment menjadi kewajipan buat wanita yang selalu penat berjaga malam, terutamanya ibu-ibu yang banyak berjaga malam, kurang rehat, mahupun yang melakukan bisnes secara online kerana terpaksa selalu menghadap skrin handphone dan laptop. Untuk kawasan sekitar mata, kita tidak boleh menggunakan krim yang sama dengan apa yang kita guna dengan kawasan wajah yang lain kerana kawasan sekitar mata adalah lebih nipis.

Tambahan pula, kawasan sekitar mata menjadi tumpuan kerana biasanya kita lihat pada mata terlebih dahulu apabila kita melihat wajah seseorang. Di situ jugalah tanda penuaan mudah terserlah. Penampilan mata kita juga menjadi indikasi kepada kesihatan keseluruhan kita.

Jadi, selain menjaga kesihatan dalaman, kita boleh ikhtiar dengan krim mata ini supaya mata kita nampak lebih muda dan segar.

Penggunaan YOUTH Restoring Eye Treatment selama 28 hari, 2 kali sehari, telah terbukti secara klinikal mampu:
  • Mengurangkan garis halus (fine lines)
  • Kedutan (wrinkles)
  • Garis pada tepi mata (crows feet)
  • seawal 7 hari dengan adanya Peptide Blend yang unik iaitu gabungan asid amino di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment ini.

Selain itu, YOUTH Restoring Eye Treatment juga mampu:
  • Mengurangkan mata sembap
  • Mengurangkan lingkaran hitam mata
  • Menghaluskan kontur mata (mata akan nampak lebih segar dan tidak letih)
  • Memberikan keanjalan
  • Melembapkan sekitar mata

Cooling Tip unik pada YOUTH Restoring Eye Treatment mampu menyegarkan dan memberi tenaga pada kawasan sekitar mata dengan urutan micro circulation. Kita akan rasa sejuk dan selesa selepas pemakaian. Ia juga memastikan krim mata diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Kelebihan YOUTH Restoring Eye Treatment

Bahan di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment


HASIL KAJIAN SHAKLEE? BETUL KE Set Shaklee YOUTH TERBUKTI?


Aya tahu, dah tentu ada yang tertanya-tanya betul ke jika kita amalkan Shaklee YOUTH, kulit kita akan kelihatan lebih sihat 10 tahun dari usia? 

Shaklee benar-benar buktikan, Hasil kajian dan ujian klinikal, pemakai yang konsisten akan mendapat hasil yang sangat wow! Skin Age Index digunakan bagi menentukan usia sebenar kulit kita.

APA ITU INDEK USIA KULIT?

Indek ini merupakan ukuran tanda-tanda penuaan utama kulit kita. Indek Usia Kulit akan menentukan tahap kedutan, tona kulit, ketegangan / keanjalan dan tekstur kulit seseorang (lembut / kasar)

Ini memberikan maklumat, klinikal untuk membuktikan Shaklee YOUTH mempunyai kesan keremajaan pada penampilan & umur kulit.

Shaklee ambil masa selama 8 tahun tau untuk buat kajian barulah Youth di pasarkan. Lama giler kan?
SET PERMULAAN
 
SET RAWATAN KHUSUS ( PERUT LEKUK, GARIS HALUS, JERAGAT)

3 Tahun setia bersama skincare Youth Shaklee
(klik pic for HD)


Haa untuk anda yang dah terlioqqq nak cuba jugak set Youth Shaklee ni meh masuk meminang dengan aya, nak mai merisik dulu pun bolehh

Ingin Beli Vitamin Pada Harga Jimat?
Ingin Jana Income Hanya Dari Rumah dengan Shaklee?
 Jom Jadi Ahli Shaklee, Makan Sendiri Pun Boleh Dapat Bonus, Malah Banyak Lagi Manfaatnya

SAYA BELUM JADI AHLI SHAKLEE? 
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT? 


JANGAN RISAU BOLEH HUBUNGI MASTER AYA ZUKI DI SINI (KLIK) whatsap
Media Sosial saya klik sini


Than You sudi singgah ke blog Aya :)
Continue Reading

Wednesday 5 January 2022

Cerita Bisnes Part Time yang menguntungkan | Aya Zuki



 Sudah hampir 8 tahun Aya berkecimpung dalam  dunia perniagaan, sudah banyak bisnes yang telah Aya cuba, banyak pengalaman yang dapat sepanjang 8 tahun dalam dunia bisnes.

Bermula daripada dropship produk lokal, naik jadi agent dan juga stokis semuanya Aya pernah lalui, pernah juga buat bisnes kerusi tangas (rawatan amalan tradisional), ketika itu Aya tengah sarat hamil dan penat nak uruskan kerusi kayu yang besar dan berat tu seorang diri, jadi ambil keputusan untuk stop sebab bagi Aya bisnes itu hanya boleh bertahan ketika Aya masih sihat sahaja. Setelah 5 tahun Aya mula rasa penat buat bisnes bermusim. Aya pasti ramai yang rasa macam ni kan? rasa penat buat sesuatu benda yang bermusim.

Zaman berniaga kerusi tangas

Pada penghujung 2018 Aya mula mencari bisnes lain yang boleh beri peluang yang lagi besar dan luas, mencari satu bisnes yang boleh kekal releven sepanjang masa, ketika itulah pada Disember 2018 Aya baru tahu rupanya bisnes Shaklee ni boleh dapat income dan peluang biz yang sangat lumayan, sedangkan Aya dah consume dan menjadi Shaklee lover selama 7 tahun.

dah 10 tahun jadi Shaklee lover now

Dipendekkan cerita bermula la perjalanan dalam bisnes Shaklee, selepas study Shaklee compensation plan, masyaAllah rasa impress sangat sebab betapa pemurahnya Shaklee ni, macam - macam pengedar Shaklee boleh dapat dalam bisnes ni dan bisnes ni sangat simple dan flexible di mana- mana.

Selepas mendaftar Shaklee, Aya mula buat secara part time sahaja kerana masih sibuk dengan kerja hakiki dan Aya mempunya anak kecil dan sedang hamil anak kedua ketika itu,

Namun perasaan ingin berjaya di dalam Shaklee sangat berkobar - kobar, dan Aya nak unlock dengan segera 3C yang Shaklee tawarkan itu.

Apa 3C tu? Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus (kecur liur sangat haha)

Aya tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai penghalang untuk lambat berjaya di dalam Shaklee, namun Aya jadikan itu semangat dan big why supaya tidak perlu penat bekerja dari pagi sampai ke malam sampai bila - bila. Jika bekerja dengan orang, yang membina impian boss pon Aya boleh komited, inikan pula bisnes yang bakal menjadi legasi kepada anak cucu Aya, semestinya Aya akan buat dengan bersungguh - sungguh lagi. Mulakan langkah dengan menyusun jadual harian, dan bangun lebih awal sejam daripada biasa (5am) untuk Aya buat beberapa set copywriting dan content untuk memastikan setiap hari Aya sentiasa berdisiplin dan konsisten untuk buat perkongsian di media sosial.

Order bersusun dari customer, ketika ini masih di ofis

Alhamdulillah hasil tidak mengkhianati usaha, bulan pertama buat part time Shaklee Aya berjaya rank up ke rank pertama Shaklee ( disember 2018). Masuk tahun baru januari 2019, berjaya lagi rank up ke rank senior supervisor Shaklee.

Sepanjang 2019 Aya sangat sibuk membina dan membesarkan lagi bilangan ahli dalam organisasi Aya iaitu Miraculous Tycoon. Pada tahun 2020 satu dunia di uji dengan isu kesihatan virus covid-19, pada mulanya agak risau, namun ketika negara dilanda isu kesihatan, bisnes yang offer kesihatan yang baik la yang akan paling naik, wahh bisnes Shaklee kalis PKP, di saat banyak bisnes tutup di waktu PKP dan tidak dapat bertahan namun bisnes Shaklee naik sangat mendadak dan pada waktu ini Aya mengambil peluang untuk cipta kejayaan lagi pada tahun 2020. Alhamdulillah walaupon Aya buat bisnes Shaklee secara part time namun Aya tidak ambil mudah, pada september 2020 Aya telah berjaya menghantar surat resign kepada boss, dan pada bulan oktober Aya full time ber bisnes Shaklee dari rumah dan alhamdulillah pada bulan oktober 2020 Aya berjaya mencapai rank yang tertinggi di dalam Shaklee.

Alhamdulillah berjaya genggam Master Coordinator

Segala penat lelah, sabar membina akhirnya semuanya sangat berbaloi dan menguntungkan. Hasil daripada bermula bisnes part time yang paling menguntungkan ini Aya berjaya mendapat income bersih 5 angka dari Shaklee setiap bulan (ada pay slip yang sangat laku di bank), berjaya membeli rumah kedua kami (kondo di sg.besi KL), berjaya mendapat tajaan car bonus dari Shaklee.

Aya Zuki
Beli Honda HRV RS guna tajaan car bonus Shaklee
aya zuki
Kunci Car Bonus idaman setiap SID Shaklee :)
 
aya zuki
Alhamdulillah trip achiever tajaan ke Europe

Tajaan Ke Korea pon dapat yahoo!
September 2022 ni fly ke Korea hasil biz Shaklee, doakan nak skor trip ke Swiss pula ni. hiks

Bermula dari angan - angan dan kini banyak impian menjadi realiti! Paling mengembirakan dapat berbakti kepada ibubapa dan dapat rezeki untuk beri duit bulanan 4 angka kepada mereka asbab biz shaklee.

Tahun 2021 Aya masih setia dan komited bersama bisnes Shaklee, alhamdulillah tahun 2021 Aya menyusun training module khas buat organisasi Aya, module yang lebih sistematik, evergreen everlasting.

Dan 2022 genab la Aya 3 tahun bersama Shaklee, misi Aya untuk tahun ini adalah untuk mengukuhkan lagi foundaion/base biz partner supaya semua kaki lebih kuat dan tak mudah goyah dilanda badai.

Bisnes yang sangat simple dan hanya bermodalkan rm35 sahaja, tak perlu pegang stok, hanya perlu place order customer di website Shaklee sahaja dan Shaklee akan uruskan 100% penghantaran kepada customer,  sangat mudah kan?

Kalau korang tengah mencari bisnes part time yang paling menguntungkan dan bisnes paling releven sepanjang zaman, jawapannya adalah Shaklee! Make sure pilih group @ upline yang ada masa dan boleh guide korang. 

Offline coaching
 
Join under Aya untuk sebab Aya ahli Viktoria, so kita boleh coaching dekat center Viktoria yang paling classy dan exclusive ni. gitcheww


Korang wajib jadi biz partner Master Aya Zuki! banyak kelebihan bila join team Aya.

  • Sistem training/ modul yang sistematik
  • Aktif dengan training online
  • Boleh join seminar di Viktoria center yang sangat exclusive 
  • Semua kelas tiada requirement dan boleh access secara percuma
  • Tiada paksaan dan penindasan dalam bisnes
  • Bebas politik bisnes
  • Bagi tips kecantikan dan kesihatan
  • Stok fresh dari Hq
  • Dapat join kelas free daripada pegawai nutrisi bertauliah Shaklee
  • Mengamalkan sikap menghormati setiap privasi ahli
  • Mentor yang sentiasa energetic
  • Ajar cara makan yang betul dan berkesan
Nak dapatkan khidmat exclusive dari Aya kena join Aya tau!

klik sini untuk hubungi Aya ;)





Continue Reading

Tuesday 4 January 2022

AYA ZUKI | APA ITU LEADERSHIP SKILL? KUNCI KEJAYAAN PEMIMPIN

Adakah raut wajah yang cantik?

Adakah pakai smart itu leadership?

Adakah leadership ni yang pandai cakap?


Ye, TIDAK! itu bukan leadership

Aya Zuki



LEADERSHIP adalah kebolehan untuk mempengaruhi, memotivasi, bagaimana kita bangunkan seseorang jadi lebih berani, dari low self esteem, bagaimana kita nak buat mereka yakin dengan diri sendiri.


Leadership skill adalah di mana kita berjaya transform people, menjadi modal insan yang berguna.

Daripada dia cakapp “saya tak boleh” dan bagaimana kita boleh ubah sampai dia cakap “saya boleh buat”


Leadership bukan berapa juta sales yang kita dah rekod, bukan berapa ribu botol vitamin c yg kita dah borong, tapi berapa banyak kita bangunkan leadership dalam diri downline kita.


Dalam Shaklee leadership akan menentukan seberapa jauh seseorang tu boleh pergi dan mampu bertahan dalam shaklee.



Apa yang membezakan mereka yang rank up, dan yang berjaya kekal effective leader? 


Dari sini saya nampak bezanya adalah menjadi LEADER atau menjadi FOLLOWER,


Followers akan complain “alaa stok dah habis, mcm mana nak biz barang dah licin”

Leader akan cakap “woww produk kita hight demand sampai licin”


Followers akan complain “ala barang lambat”

Leaders akan cakap “ouh alang2 barang lambat sampai, boleh ajak customer beli barang banyak2 teruss”


Nampak ke beza nya? Yang membezakan adalah mindset.

Mindset yang betol, tindakan kita pon akan jadi betol


Bila action betol barulah hasil pon akan jadi betol

Followers mudah tewas dengan cabaran, 

leaders akan bangkit dengan cabaran.


Followers masalah adalah alasan, 

bagi leaders itu adalah peluang keemasan

Aya Zuki


Biz Shaklee TAK SENANG, tapi SIMPLE


Tak senang sebab kita still kena take action, 

kalau tak buat apa2 pon boleh kaya. Itu scam namanya!


Biz shaklee sangat simple sampaikan sesiapa pon boleh berjaya 

Tapi dengan syarat mereka adalah leader. Bukan sekadar followers 


Kalau anda yang suka beri alasan yang sama, anda adalah followers, bukan leader.


Kalau anda asyik tak boleh buat semua benda, itu pon followers, bukan leader!

Kalau anda suka complain, tapi tak buat apa- apa, itu lagi lah confirm bukan leader.


"Tapi downline saya ni semua dah supervisor, semua dah rank up, ada yang dah Master"


Kenapa rank dah tinggi dalam Shaklee tapi tak ada leadership tu lagi?

Leadership di sini (otak), bukan pada rank atau bonus. 


Jangan salah faham, rank dan bonus dua2 pon penting. 

Sebab kita biz owner, bukan pusat charity.


Cuma masalahnya Shaklee Compensation Plan ni pemurah sangat,

Belum sempat leadership developed tiba - tiba dah rank up,

Tambahan ketika biz tengah hype pada cycle 2020 memang ramai berjaya rank up.


Untuk jangka masa pendek memang best. Tapi untuk develop leadership , itu bukan lah terbaik.

Itulah perangkap paling besar dalam biz Shaklee


Sebab tu ramai leader yang lemah dan selesa daripada menjadi pemimpin networking yang sebenar.

Tambahan produk Shaklee sangat best, jadi mudah untuk menyorok di belakang produk yang kita jual.


Dia ingat nak jadi leader cukup dengan hanya post2 di fb dan ig saja.

Sampai ada yang malas nak buat training untuk team masing - masing.


Ramai yang suka letak Shaklee di depan, dan diri dia menyorok di belakang Shaklee.

Selagi kita selesa menyorok di belakang, lepas tangan, suka bergantung pada orang, selagi tulah kita bukan leader. Ramai juga suka menyorok di belakang upline masing - masing. Benda ni akan menjejaskan kreativiti kita untuk belajar lead team.


Bila kita berani ke hadapan, barulah leadership kita makin berkembang

Menyorok di belakang itu bukan sikap seorang leader, Walaupon sudah Master Coordinator.


Itulah kritikal leadership yang ada dalam sesebuah organisasi jika tidak dibina.

Bila tak ada leadership, anda akan recruit orang yang tak ada leadership. Dan satu team akan jadi tak ada leadership 


Kalau anda asyik cakap “tak boleh”

Anda pon akan recruit orang yang “apa pon tak boleh”


Kejayaan dalam industri ini bukannya dalam mencari insan yang betol, tapi kita dulu menjadi insan yang betol


BECOME THE RIGHT PERSON FIRST


Bila kita jadi better person, kita akan jadi a better Leader, barulah kita akan berjaya recruitt orang yang berkualiti, orang pon akan lebih terinspirasi

Aya ZUki

Segalanya bermula dengan diri kita,

Kalau anda pun tak sanggup nak buat semua tu, jangan harap downline nak rajin buat semua tu

Downline tak boleh duplicate apa yang anda bagitau, tapi downline hanya akan duplicate apa yg anda buat.


Bila downline nampak anda pun buat apa yang mereka kena buat, barulah mereka pun segan nak bagi 1001x excuses 


Kita bukan trainers, kita bukan motivators, Tapi kita biz leader


Kita buat apa yang kita katakan,

Barulah kita layak untuk earn respect from our downline, Bila Kita lead by example.


Kalau kita suruh downline update media sosial, buat content, buat progress, kita dulu jadi oramg yang pertama buat dan tunjuk pada team "okay ni content saya, ni apa yang saya buat' tunjukkan bagaimana anda buat!!


Barulah team nak fight bersama2 dalam game ni.

Mungkin betul mereka join sebab shaklee,

Tapi itu bukan sebab mereka stay dalam biz,


Satu - satunya sebab mereka kekal, adalah anda!

Kerana mereka mahu bersama anda, kerana mereka mahu menjadi seperti anda!


Sedar atau tidak u adalah idola mereka.


Jangan sia2 kan kepercayaan yang mereka dah beri, dan jangan ambil ringan tanggungjawab yang sudah dipertanggungjawabkan kepada anda.


Kalau betol u anggap downline u family, give the best version of yourself !

Ingat, segalanya bermula dari diri anda!


That is your highest priority and that is your only responsibility 

Itu adalah hadiah terbaik anda boleh beri


Kalau nak grow biz fast, you kena grow yourself first.

Kalau kita bina biz ni dengan cara yang betul, kita akan sampai ke sana bersama - sama. 


InsyaAllah.


NAK MULAKAN BUSINESS SHAKLEE?

Daftar di sini klik sini

Master Coordinator Shaklee,

Aya Zuki

010-3845625

Continue Reading