Saturday 21 August 2021

KEGUGURAN DAN PERLUKAH BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN ? | AYA ZUKI

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN AYA ZUKI


Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ni adalah situasi yang lebih teruk daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak. Dan ramai sangat ibu yang menganggap tidak perlu berpantang, sebab tiada baby di sisi. Berpantang ni bukan untuk anak ye. Berpantang adalah untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu.

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN AYA ZUKI


Ramai yang tidak jaga pantang badan mudah rasa perut bloating, muda2 lagi dah berangin sana sini macam orang tua hehe. Ramai ada masalah ni. Orang sekeliling pon boleh rasa rimas dengar.


Mereka akan mudah diserang ‘angin jahat’ Bahasa kampungnya, ada juga yang tiba2 alahan terhadap makanan yang sebelum ni elok je boleh makan, tulah kesan jika tidak berpantang elok.


Mengikut petua Melayu tradisional, penjagaan dalam pantang bersalin lebih mudah berbanding penjagaan ibu keguguran.


Kebanyakan wanita masa kini mengambil ringan berpantang selepas gugur, ini terjadi sebab ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran.

Walaupon kita menghormati ilmu perubatan moden, namun kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hokum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.


Jadi apa ibu2 perlu buat selepas keguguran? Jom Aya share kan ilmu yang Aya banyak belajar dan kutip dari bidan kesukaan Aya dan Aya percayakan ilmu dan amalan dari kak ice Siti Aishah. Orang Shah Alam mesti kenal hehe.


Ramai kes ibu2 muda yang mengalami keguguran di rumah. Mula2 keluar spotting darah. Tiba2 akan ada ketul darah beku terkeluar. Ada yang rasa cramp bahagian bawah perut. Ada yang tidak.


So, dalam keadaan sebegini ramai tak tahu apa yang perlu dilakukan. Apa nak buat. Apa yang TAK BOLEH buat.

So Aya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu ibu lakukan sejurus selepas keguguran.


1. Terus pergi dapatkan pemeriksaan pakar.



 Jangan self diagnose ya ibu2. Doktor selalunya akan scan dan melihat kondisi rahim. Jika janin sudah keluar sepenuhnya, maka ibu disuruh pulang. Tetapi jika ada yang tertinggal, doktor akan sarankan prosedur D&C. Ramai ibu2 yang reluctant nak buat prosedur ni. Ramai yang tanya ada tak cara bidan lama yang bantu "kosongkan" rahim.

Yes ada. TETAPI, ia sangat2 merbahaya kerana jika ada cebisan janin yang tertinggal, ia boleh mengakibatkan jangkitan atau tumpah darah yang boleh membahayakan nyawa ibu. Prosedur D&C adalah prosedur yang paling selamat buat ibu yang keguguran.

Jangan risau akan kesan sampingan yang selalu orang war2kan jika menjalani prosedur ini. Itulah pentingnya ibu2 keguguran perlu menjalani proses berpantang selepas D&C.


2. Keep yourself warm, but not too hot.



Ibu yang keguguran sangat2 sensitif. Rawatan tidak boleh terlalu panas, tetapi ibu perlu sentiasa di dalam keadaan suam.


Ada ibu keguguran menjadi bentan selepas menjalani rawatan salai dan sauna. So, perkara yang boleh ibu2 amalkan sejurus selepas keguguran ialah:

i)  Pakai baju lengan panjang yang tidak terlalu tebal, sekadar cukup membuatkan ibu tidak rasa sejuk pada suhu bilik.

ii) Pakai stokin

iii) Elakkan aircond dan kipas yang dihala secara terus pada badan ibu. Ibu perlulah berpeluh secara ringan agar mampu menyamankan tubuh.


RAWATAN IBU SEJURUS SELEPAS KEGUGURAN


1. Pakai minyak panas tanpa menthol seluruh tubuh kecuali leher dan muka. Kemudian pakai baju lengan panjang, seluar panjang, dan stokin. Janji cover seluruh badan.

2. Titikkan minyak berangin yang bermenthol pada ubun2 kepala. Gosok dan urut ubun2. Ikat rambut tinggi2. Minyak yang sama sapukan pada belakang tengkuk dan dahi sebagai pilis.

3. Pakai bengkung dan ikatkan secara kemas. Banyakkan bed rest. Meskipun janin hanya seketul darah, rahim tetap digunakan sepanjang proses kehamilan dan keguguran. Jangan sesekali pandang enteng pada perubahan dalaman yang berlaku. Kerana ibu2 yang keguguran dan tidak jaga rahim sebaiknya akan mengalami masalah berkaitan rahim sejurus beberapa bulan selepas keguguran.


RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH IBU KEGUGURAN

1. ibu boleh mandi air suam sahaja. 



-Tetapi adalah lebih baik ibu mandi air rebusan dari daun2 herba yang membantu memecahkan angin dan bau2an nya mampu memberikan ketenangan ibu yang mengalami keguguran.


2. Tuaman batu herba.



- selepas mandi, pakai minyak panas seluruh badan, pakai pilis, ikat rambut siap2, pakai baju seluar dan stokin dan mulalah tuam bahagian perut, rahim, tundun (kawasan berbulu) , peha, betis dan tapak kaki. Kemudian tidur mengiring dan sandarkan batu tuam di bahagian pinggang dan tungking. Amalan ini sangat2 membantu elakkan ibu keguguran dari terkena sakit pinggang kronik selepas keguguran. 


3. Bengkung dan Ubat Barut



- habis tuam, pakai ubat barut dan bengkung selama 23 jam sehari. Kalau kena masuk kerja, boleh start pakai girdle untuk support rahim. Ubat barut sangat2 penting untuk pecahkan lendir angin, lancarkan keluar lebihan darah nifas keguguran dan kecutkan rahim. Bengkung untuk support rahim yang tenat. Even perut pun tak buncit lagi sebab gugur 1st trimmester, kena ingat ya, bengkung ni untuk rahim. Bukan perut.


4. Ubat Herba



- makanlah ubat herba selama 100 hari berurut2. Tolong jangan makan ubat herba yang ada manjakani, akar serapat, temu kunci dan kacip fatimah. Makan herba yang bantu;

i) lawas buang air besar dan kecil (kalau sembelit sila stop.)

ii) lancarkan darah nifas keguguran (darah nifas keguguran tak lama macam darah nifas bersalin. So kalau makan ubat herba yang melawaskan najis tu ia akan bantu keluarkan darah nifas secara total)

iii) Imbangi hormon (ibu perlu rasa tenang dari sudut emosi sepanjang mengamalkan ubat2 herba ini)


5. Pantang makan



- pantang makan seperti ibu bersalin normal. Pantang makan ini sebaiknya dilajakkan sehingga 100 hari. Tetapi bagi ibu yang dah alami keguguran berulang, perlu pantang makan sehingga hamil kembali. Makan makanan yang berkhasiat dan segar. Elakkan makan makanan berperam seperti ikan masin dan ikan bilis. Namun kalau nak makan ikan bilis jugak aya syorkan guna ikan bilis mata biru. Kena pilih jugak ye. Makan benda berperam membuatkan darah menjadi terlalu busuk dan susu badan jadi terlalu kuat bau dan lagi pun tak elok tinggi garam. Darah tinggi nanti.hehee


6. Berurut



- Cari bidan terlatih yang tahu cara urut ibu keguguran. Bidan terlatih tidak akan urut kuat2 dan sengkak rahim sebelum hari 30 keguguran. 


PERKARA IBU KEGUGURAN TAK BOLEH BUAT

1. TUNGKU CUNGKIL PERANAKAN

- Rahim keguguran tidak boleh dikasar2kan. Jangan cungkil peranakan


2. SAUNA, BERDIANG DAN BERSALAI

-  Ibu keguguran tidak boleh disalai atas api atau diperap dengan wap sauna. Akan mudah diserang skait kepala dan bentan


3. BERLASAK

- Kebanyakkan ibu2 hanya diberi cuti rehat 2 minggu. So once dh masuk kerja, jangan banyak berjalan2, naik turun tangga. Elakkan mencangkung dan guna otot perut dengan mengangkat benda berat2. 

Perlu diingatkan, berpantang keguguran lebih renyah dari berpantang bersalin pembedahan.

Ramai ibu2 yang keguguran kemudian tidak berpantang mudah diserang migrain, sakit tumit, pinggang dan lutut kronik selepas episod keguguran. Dan ramai juga yang berpantang selepas keguguran seterusnya rasa lebih sihat dan cepat sembuh apabila mereka jaga elok2 tertib amalan rawatan selepas keguguran.


BERAPA LAMA TEMPOH BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN?

Berapa lama tempoh berpantang bersama suami? Haa berapa lama kena elak dan lari dari encik suami ni? HAHA. 

Berapa lamakah tempoh berpantang suami selepas bersalin.

Masih ramai ibu-ibu muda tidak mengetahui bahawa tempoh pantang bersama dengan suami berbeza-beza mengikut jenis kelahiran yang ibu hadapi.

Pantang larang ini bertujuan untuk memastikan organ rahim dan lantai pelvik ibu sudah sembuh sepenuhnya sebelum mula bersama dengan suami.

Berikut adalah tempoh pantang larang SUAMI mengikut aturan perbidanan Melayu lama.


BERSALIN NORMAL / KEGUGURAN BAWAH 12 MINGGU

- 44 HARI


KEGUGURAN LEBIH 12 MINGGU

- 60 HARI


BERSALIN PEMBEDAHAN

- 100 HARI


Jika pantang larang ini dilanggar maka akan mengakibatkan ibu mengalami kesakitan yang berpanjangan dan tidak mampu sembuh sepenuhnya selepas bersalin.

Berpantanglah untuk menjadi wanita yang sihat luar dan dalam, yang sihat dari segi emosi dan fizikal.


Aya share kan entry ini di mana ketika ini Aya juga sedang berpantang keguguran, Hari ini Aya berpantang hari ketiga selepas proses D&C. Aya juga sedang berpantang sekarang.


Selain set Nona Roguy aya jugak mengamalkan Full Set Bersalin dari Shaklee.

Berpantang dengan Set Pantang Shaklee memang best, dari anak pertama sehinggalah berpantang kali ketiga Aya guna Set Pantang Shaklee. Aya beli full set dan add on vivix.



Memang badan cepat rasa segar dan sihat,

Kalau badan korang lesu dan tak bermaya ketika berpantang cubalah set berpantang dari Shaklee, memang sangat berbeza kesannya. Luka cepat sangat pulih dan sembuh, susu melimpah dan kulit pun bercahaya dalam pantang hehe.



Jom Aya Share Manfaat setiap item dalam set berpantang shaklee,


❤️ ESP:

👉 Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.


❤️ VIT C:

👉 Kuatkan sistem imun agar tak mudah dijangkiti penyakit, untuk baby juga dapat disalurkan melalui susu badan, juga untuk kulit cerah gebu halus mulus.


❤️ OSTEMATRlX:

👉 Calcium supply, milk booster, lawas, elakkan sakit kaki lutut pinggang cramp.


❤️ VITA LEA:

👉 Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan. Zinc dalam VITA LEA membantu merawat dan mengeringkan luka bersalin lebih cepar


❤️ B-COMPLEX :

👉 Bantu kawal emosi ibu ketika berpantang. Beri ibu rasa rehat yang cukup dan beri tenaga serta sihatkan kulit. 


BOLEH TAMBAH:


❤️ OMEGA GUARD:

👉 EPA DHA utk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, bakar lemak berlebihan, buang lemak selulit, atasi masalah perut buncit. Badan rasa panas suam, nifas lawas dan elak meroyan dalam pantang.


 ❤️ ALFALFA:

👉 Buang angin dlm badan, lawas, detox, milkbooster, mengetatkan kembali miss V, atasi masalah keputihan. Bantu turunkan jaundis anak.


❤️ VIVIX:

👉 Luka cepat pulih dan sembuh, untuk yang bersalin ceaser aya sangat recomended sangat, kesan penyembuhan vivix sangat hebat ye! Badan cepat rasa pulih, segar dan bertenaga, susu badan melimpah, kuning anak cepat turun, darah nifas lancar dan lawas, elak sembelit, kulit nampak freshh dan muka tidak pucat, best kan dalam pantang pon berseri2.




👉 Sebagai tambahan untuk ibu yg mengalami masalah bengkak susu, boleh tambah LECITHIN. Juga sebagai PEMECAH LEMAK.



👉 Tambah juga Herbal Blend Krim: untuk atasi masalah ruam bayi, masalah strecth mark, masalah luka pada nipple bagi ibu yang menyusukan anak serta banyk lagi manfaat lain.





So far Aya sendiri pengamal tegar set ni. korang boleh tengok buktinya badan Aya maintain sama seperti anak dara. HAsil berpantang sungguh2 dan guna Set berpantang terbaik untuk diri Aya.


Kalau berminat boleh dapatkan set pantang ni terus dari Aya ye.

Bagi yang ingin berpantang  keguguran, Aya sarankan  agar menggunakan Set Berpantang Keguguran Shaklee kerana fungsi dan keberkesanannya untuk menyembuhkan organ dalaman serta membantu memberi kehamilan semula yang berkualiti sekaligus dapat  mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang.


Boleh klik no ni untuk direct ke whatsapp Aya Zuki 010-3845625


SHARE LINK BLOG ENTRY INI/TAG. Mungkin ade orang sekeliling yang tidak tahu ape perlu dibuat ketika gugur.


Semoga Bermanfaat untuk semua! :)

0 orang berceloteh:

Post a Comment