Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung
dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN
??! Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??! Suami kena bagi nafkah pada
isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu,
kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu
meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu
menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya
tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan
bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang
tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami
tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki
tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat
dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat
kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh
memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan
4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan
menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala
seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita …. ” Pada hari itu (hari
qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri “
untuk diri ini dan kalian semua-