Monday 20 September 2021

Aya Zuki | Set Kurus Shaklee Paling Cepat Dan Berkesan

 Set Kurus Shaklee Paling Cepat Dan Berkesan | Ada yang sedang struggle untuk turunkan berat badan? Selalu dok throwback gambar lama masa kurus dulu, menangiss tapp tappp tappp dalam hati huhu.


Tambahan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Aduhh! ada yang susah nak dapatkan berat ideal semula? Dah cuba diet tapi selalu kelaut, rasa stress sangat bila banyak baju sudah tidak muat lagi untuk dipakai, bertambah stress bila terpaksa beli baju baru yang lebih besar, kena keluarkan duit lagi. Lagi bertambah sedih baju plus size ni tak banyak pilihan yang menarik. Nak bergaya pun susah kan?


Jom Aya nak buat pendedahan rahsia NAK KURUS SECARA SIHAT, CEPAT DAN BERKESAN!

Rahsianya kita guna konsep BAKAR, BUANG DAN BINA.

3 asas ni sangat penting dan membantu untuk turunkan berat badan secara sihat, cepat dan berkesan!


Bakar -lemak yang sudah terkumpul lama di dalam badan seperti di bawah kulit, yang melekat di organ seperti jantung dan lain-lain perlu dibakar supaya penurunan berat badan lebih cepat. 

Buang - Lemak yang telah dibakar perlu dibuang dari badan. Ia perlu dibuang melalui pembuangan najis besar, peluh dan air kencing.

Bina - Setelah lemak dibakar dan dibuang, kesannya menyebabkan kulit semakin kendur. Pengambilan protein shake amat perlu supaya dapat membina balik otot-otot dan membantu badan menjadi lebih fit dan firm


Untuk menurunkan berat badan tidak mudah, memerlukan keazaman dan kehendak diri yang tinggi untuk kekal bersemangat. Untuk tukar habit lama dengan pemakanan yang tidak sihat kepada habit baru yang sihat.


Step 1 : Bakar Dan Pecahkan Lemak Untuk Pengurusan Badan Berkesan

Fungsi Lecithin Untuk Kurus

  • Bertindak sebagai pengemulsi lemak, menguraikan lemak menjadi kecil 
  • Lecitin soya memecahkan lemak kepada molekul halus untuk penghadaman, maka mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. 
  • Ia membantu dengan memecahkan lemak kepada asid lemak untuk menggalakkan badan menggunakannya sebagai bahan tenaga dan bukannya menyimpan lemak berkenaan dalam tisu.
  • Menghalang obesiti
  • Mengeluarkan lemak berlebihan dalam badan



Fungsi Omega Guard Untuk Kurus

  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan
  • Mengawal lemak yang sihat dalam badan, menyimpan lemak baik dan membakar lemak yang jahat
  • Meningkatkan kadar metabolisme badan
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot semasa bersenam dan menambahkan keupayaan otot untuk membakar lebih banyak lemak



Step 2 : Membuang Lemak Yang Telah Dibakar

Fungsi Alfalfa Complex Untuk Kuruskan Badan

  • Membantu dalam proses melawas
  • Ejen detoks
  • Melancarkan penghadaman
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Fungsi Herblax Untuk Kuruskan Badan
  • Melawaskan merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi
  • Mengurangkan penyerapan lemak
  • Atasi masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus
  • Membersihkan usus



Step 3 : Membina Otot Untuk Badan Yang Firm

Fungsi Energizing Soy Protein Untuk Kuruskan Badan

  • Membantu mengenyangkan lebih lama
  • Membantu mengekalkan jisim otot 
  • Membekalkan tenaga berterusan
  • Membina otot


Fungsi Cinch Shake Untuk Kuruskan Badan

  • Membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat
  • Membantu membina otot semasa proses penurunan berat badan
  • Membekalkan lebih tenaga dan berpanjangan 
  • Mengurangkan nafsu makan dan beri kenyang yang lama


Fungsi Life Shake Elderberry Untuk Kurus Yang Sihat

  • Protein yang sihat untuk hasilkan badan yang kurus dengan berotot
  • Membina otot tanpa lemak
  • Membantu mengenyangkan lebih lama untuk penurunan berat badan berkesan
  • Mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • Menguatkan otot tidak menggeleber
  • Meningkatkan metabolisme untuk pembakaran lemak
  • Menguruskan badan dengan sihat



3 asas ini adalah konsep dalam program Shaklee untuk membantu anda meneruskan misi menguruskan badan dengan lebih berkesan, cepat dan sihat !


"hurmm saya kekurangan bajet la, ada set bajet ke?"

Yes ada! Dalam Set Kurus Bajet Shaklee ada 2 item iaitu Herblax dan Omega Guard. Fungsi setiap item dalam set bajet ini adalah:

Herblax:

  • Berfungsi sebagai pelawas
  • Membantu mengempiskan perut
  • Membantu masalah sembelit
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Campuran propreetari Herb-Lax termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.



Omega Guard:

  • Membakar lemak sekitar organ penting dan mengawal kolesterol
  • Omega guard membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen.
  • Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3(546mg EPA) yang bermanfaat untuk kesihatan dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh.


Harga bagi set kurus bajet ini cuma : RM 194 sahaja. Jika anda ingin dapatkan dengan harga lebih murah, boleh mendaftar sebagai ahli shaklee dan teruskan dengan aktifkan keahlian, Boleh contact Aya ye untuk pendaftara ahli ;)


Ps: Kalau nak kesan lagi bestt dan menyeluruh ambil la full set dan rasai sendiri kesan maksimum bila cuba full Set ! ;)

Contact aya sini untuk consultation dan pertanyaan : www.wasap.my/60103845625/setkurusdariblogAya


Thanks! 💗💗

Continue Reading

Friday 17 September 2021

Aya Zuki - Bahagia Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee



BERSERAH atau MAHU BERUSAHA?

Saya memahami isu ini sangat sensitif, namun ianya memerlukan penyelesaian, kerana semakin berumur wanita maka semakin tipis peluang untuk hamil. Berikhtiarlah secepat yang mungkin.


MENGAPA SEMAKIN MENINGKAT USIA KESUBURAN WANITA AKAN MENURUN?
Kerana semakin bertambah usia, maka sel telur wanita akan semakin berkurang, sebab itu wanita yang berusia 35 tahun ke atas akan mula menurun tahap kesuburan dan semakin tipis peluang untuk hamil.

Memahami keadaan pasangan ttc, kebiasaannya Setahun perkahwinan masih tidak mengapa, namun jika sudah melebihi 2-5 tahun orang akan mula bertanya dan membuat kesimpulan sendiri. Perkara ini membuatkan pasangan ttc terluka dan stress.

Walau bagaimana pun nasihat Aya buat pasangan yang sedang ttc perlulah lebih terbuka dan rasional untuk melihat soal zuriat ini adalah soal ketetapan ilahi dan kita berusaha berbincang dan mencari penyelesaian. Yang penting anda perlu segera mendapatkan khidmat kaunseling keluarga dan berjumpalah dengan pakar perubatan bahagian sakit puan untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan pasangan.

Kebiasaan nya bila bab kesuburan orang sering salahkan pihak wanita, sebenarnya TIDAK YE! Kerana kes ketidaksuburan 40% berpunca daripada wanita dan 40% adalah daripada lelaki, manakala 20% berpunca daripada kedua-dua pihak.


JOM KITA BACA PUNCA SUKAR UNTUK DAPAT ZURIAT?

klik gambar untuk lebih jelas dan HD


Punca wanita tidak subur :
  1. Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  2. Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  3. Penyakit berkaitan kelamin.
  4. Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  5. Merokok.
  6. Pengambilan kafein yang berlebihan.
  7. Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  8. Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

klik untuk lebih jelas dan HD



Punca lelaki tidak subur:
  1. Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  2. Sperma kurang cergas
  3. Sperma yang tidak sempurna
  4. Sekatan pada saluran semen
  5. Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
  6. Terlalu Stress
Sperma Cacat (abnormal sperm)



APAKAH VITAMIN UNTUK MASALAH KESUBURAN INI? DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Vitamin Asas (Family Wellness Set)
vitamin Asas Untuk Hamil ( Klik untuk HD)



ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.





VITAMIN KESUBURAN

5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).





Cara pemakanan supplements
Untuk Suami:
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri:
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.

CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Untuk pengetahuan, cara pengambilan adalah berbeza mengikut individu. Ini kerana ia bergantung kepada kitaran haid mereka.

1. PERIOD TERATUR
Kira kitaran period. 

Contoh: 28 hari Waktu subur kira-kira hari ke-14. 

Cara makan : Mulakan dari hari pertama kitaran haid,  antara hari  ke-12 atau hari ke-13 berhenti makan GLA. Bersama suami seperti biasa kerana waktu ini adalah waktu subur anda. Ada juga yang mencadangkan berhenti makanpada hari ke-14. Boleh juga tak ada masalah, cuma kita tak tahu dengan tepat bila telur akan keluar.

Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 

Selepas berhenti jangan teruskan makan dulu. Kalau haid lambat datang, silalah buat ujian kehamilan. Kalau hamil, jangan makan GLA. Jika tak hamil, teruskan langkah pertama seperti diatas.


2. Period Tidak Teratur

Cara makan: ambik tiga biji sehari, iaitu sebiji selang 8 jam sehingga period menjadi teratur.

Bila period dah teratur, guna cara 1.

Bila dah di sahkan HAMIL, berhenti kan terus pengambilan GLA Complex tersebut.

Jangan lupa terus berdoa dan minta sungguh2 dengan Allah.

Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 


Kita hanya mampu merancang dan berikhtiar, selepas berusaha sebaik mungkin barulah kita berserah kepada Allah s.w.t dan selebihnya hanya yang maha pencipta tentukan rezeki kita selepas kita berusaha.

Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga ini yang diberikan ini bermanfaat untuk mereka yang sedang berusaha untuk berikhtiar mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin- vitamin tersebut dengan Aya, boleh terus contact atau hubungi terus ya. InsyaAllah harga istimewa untuk followers Aya.

Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa untuk ikhtiar hamil, Allah s.w.t yang menentukan, InsyaAllah.

Cahaya mata adalah cahaya kebahagiaan dalam rumah tangga dan pelengkap hidup pasangan suami isteri. InsyaAllah kita berusaha selagi boleh. Jangan berputus harapan sahabat ku :)




Boleh terus contact aya disini www.wasap.my/60103845625/SetSuburDariBlog

Terima Kasih :)
Continue Reading

Thursday 16 September 2021

Aya Zuki - Hero Kiddo Gummies Shaklee Boost Imun Kanak - Kanak

 Hero Kiddo Gummies untuk boost imun kanak- kanak adalah produk terbaru dari Shaklee yang baru dilancarkan pada september 2021!


Buat pencinta Shaklee yang mementingkan kesihatan anak-anak pasti teruja kan! Aya sendiri pon teruja dan tak sabar nak order untuk keluarga Aya sendiri Hero Kiddo Gummies produk terbaru Shaklee ni. Excited sangat nak cuba dan rasa sendiri khasiat dan kesedapan Hero Kiddo ni. hehe mak mak pulak yang macam kanak-kanak rebina ye tak sabar. kahkah.


Jom Aya nak share lebih lanjut tentang Hero Kiddo Gummies Shaklee ni, ianya merupanya super immunity dan gabungan nutrient hebat ke dalam gummies yang berbentuk beruang comel ni. Berperisa ceri semulajadi dan pastinya anak-anak korang akan sukakan nya!


Dengan situasi negara dilanda virus bahaya seperti covid-19 ini dan boleh mengancam nyawa, jom kita sokong sistem imun anak-anak. 


KEISTIMEWAAN HERO KIDDO GUMMIES SHAKLEE UNTUK ANAK ANDA

  1. Diformulasikan untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas
  2. Memberi sokongan sistem imun
  3. Diperkemas dengan ekstrak Vitamin C, Vitamin D, Zinc & Elderberry
  4. Gummies yang berperisa semulajadi dan berbentuk beruang
  5. Tidak merosakkan gigi. Tiada gula pemanis
  6. Bebas gula, NON GMO, bebas gluten, bebas soya, vegan

3 KEBAIKAN HERO KIDDO SHAKLEE
Aya Zuki - hero gummies shaklee
klik gambar untuk lebih HD

  1. Membekalkan Nutrien Bagi Menyokong "Kekebalan" tubuh
            Mengandungi gabungan nutrient yang menyokong kekebalan tubuh, termassuk zink dan vitamin             c dan D

    2.    Menyokong Sistem Imun Yang Sihat
            Mempunyai antioksidan dan nutrien yang dapat menyokong fungsi imun yang sihat

    3.    Mengandungi Bahan Ramuan Mesra Gigi
            Manisan dari bahan semula jadi (berasaskan eritritol dan xylitol) yang tidak memberi kerosakan             gigi terutama kanak-kanak


Aya Zuki - hero gummies shaklee

Aya Zuki - hero gummies shaklee



KANDUNGAN HERO KIDDO SHAKLEE
  • Ekstrak Elderberri - disediakan dari buah elderberri yang terbaik dan dijamin kualitinya.
  • Vitamin C - Vitamin penting dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Vitamin D - Vitamin larut lemak yang penting dalam badan
  • Zinc - mineral penting yang terdapat dalam pelbagai makanan


Jom Aya nak kongsikan apa kata ibubapa dan testimoni daripada US!

Aya Zuki - hero gummies shaklee

Aya Zuki - hero gummies shaklee

Aya Zuki - hero gummies shaklee

Di negara US, Hero Kiddo diberi nama Super Immunity






Aya Zuki - hero gummies shaklee


BERAPA HARGA HERO KIDDO GUMMIES SHAKLEE?
  • RM129 (harga ahli) dan RM161.25 (harga runcit)

Untuk ibu - ibu yang berminat nak mencuba hero Kiddo untuk anak - anak comel kalian, boleh terus hubungi Aya ye, kalau nak register ahli direct under Aya sangat di alu - alukan, nanti boleh nikmati harga ahli, mana tau nanti kalau nak mencuba  berjinak - jinak dalam bisnes Shaklee boleh terus start je sebab dah join ahli ;)

master aya zuki

Boleh klik sini untuk contact Aya ye ;)


Thank You sudi blog walking di blog Aya!

Continue Reading

Wednesday 15 September 2021

Aya Zuki | Manfaat Omega 3 Untuk Ibu Mengandung

 Bila ibu di sahkan hamil, semestinya benda pertama yang ibu perlu jaga adalah keperluan nutrisi yang lengkap buat anak di dalam kandungan. Supaya janin membesar dengan perkembangan yang sihat.



Teringat kenangan setiap kali Aya hamil, sangat indah dan gembira kan perasaan itu?

saat itu tekad untuk menjada dan membesarkab bayi kita dengan baik. Nak beri semua yang terbaik buat anugerah tidak ternilai ini.


Salah satu nutrisi yang menjadi kepentingan buat ibu hamil adalah omega 3, ianya kaya dengan EPA dan DHA. Antara makanan terbaik buat ibu dan bayi di dalam kandungan.


Ouh ye sebelum tu Aya nak share buat ibu yang merancang untuk hamil juga sangat bagus ambil omega 3 ini. Pengambilan omega 3 yang mencukupi  boleh meningkatkan peluang kehamilan.


Kerana omega berkemampuan untuk meningkatkan kepekatan sperma dan paling penting bagus untuk menghasilkan sperma yang sihat.


Untuk wanita pula, omega 3 menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon wanita, membantu mengatur kitaran haid, meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang hamil.


Manakala ketika hamil pula, apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan anak dalam kandungan. Tambahlah omega 3 semasa hamil.

klik gambar untuk lebih HD


Pengalaman Aya sendiri setiap kali kehamilan Aya akan pilih full set hamil dari Shaklee, dan dalam set hamil ini sudah lengkap bersama omega 3.


Omega 3 membantu mengurangkan risiko baby pramatang juga, Tambah- tambah jika hamil di musim covid ni. Sangat berisiko, Lagi la kita nak elak bersalin pramatang dan nak protect kesihatan diri ibu dan bayi.


Aya sangat suka ambil omega 3 ketika hamil, antaranya sebab bagus untuk otak anak, Alhamdulillah anak jadi cerdik sangat, dan aya tak nak ketika hamil berat naik terlalu banyak dan syukur omega banyak bantu kawal berat badan, kawal kolestrol dan kawal tekanan darah tinggi ketika hamil.


Yang bagus lagi omega Shaklee ni kepekatan sangat tinggi, maksudnya kandungan minyak ikan sangat tinggi, ada sesetengah brand kandungan minyak ikan ciputt je, lemak ikan yang banyak, kita nak minyak ikan ye, bukan lemak ikan!

klik gambar untuk lebih HD


Lagi satu yang lagi super duper best omega ni bagus untuk skin! alhamdulillah aya sepanjang mengandung tiada masalah hormon meracau kulit ku. Biasanya ada ramai ibu yang akan naik jerawat teruk ketika hamil sebab hormon, no wonder Aya tak naik jerawat pon, sebab omega bantu seimbangkan hormon ketika hamil dan bersifat anti-radang, good for skin! kulit cantik ketika hamil dengan omega Shaklee. best kan?


Perasan tak zaman sekarang ramai bayi yang ada masalah kulit sensitif, tak tau di mana silap dan punca. mungkin kerana pemakanan ibu juga kerana apa yang kita makan, itulah akan effect kualiti anak kita.


SELEPAS BERSALIN DAN MENYUSU

Pengalaman Aya semasa berpantang ambil omega darah nifas sangat lancar keluar, badan rasa panas suam bestt, rasa selesa, sakit badan dan sakit urat hilang! Lepas bersalin kalau tak jaga baik- baik nanti sakit badan kronik sana sini. seram kan? lagi satu bagus untuk elak kemurungan dan meroyan buat ibu ketika di dalam pantang dengan pengambilan omega 3 Shaklee.

klik gambar untuk lebih HD


Dan sampai sekarang anak bongsu Aya berusia dua tahun lebih masih menyusu, alhamdulillah dari anak pertama lagi aya berjaya fully breastfeeding dan yang best omega bantu elak susu tersumbat, elak bengkak susu. seram mak kalau bengkak susu. Sakit sangat ye ibu.

klik gambar untuk lebih HD


Omega 3 Shaklee adalah lemak baik yang diperlukan dan bagus utnuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu badan.

Berhati- hati ketika ingin memilih omega 3 brand lain di pasaran kerana takot tersalah pilih yang kurang kualiti, kandungan minyak ikan tidak tinggi dan hanya lemak ikan saja yang tinggi, kita nak minyak ikan ye, bukan lemak ikan! Aya pilih omega Shaklee kerana kualiti premium, kandungan minyak ikan yang tinggi dan selamat.



Perbezaan kepekatan kandungan minyak ikan brand Shaklee


Baby Shaklee pertama Aya, yang sulung bernama Sofieya Azkayra, alhamdulillah seorang anak yang sihat sempurna, ada daya fokus yang sangat baik, fast learner, dan sangat bijak. dari Aya hamil sampai besar Azkayra dapat khasiat minyak ikan.




Baby Shaklee kedua ku, bernama Sofieya Ayra, alhamdulillah sama seperti kakak nya sangat sihat sempurna, lagi aktif dari kakaknya, dia punya otak lagi cepat tangkap dan ingat semua benda, sampai mama naik seram ahaha, bijak terlajak baby Shaklee ni, InsyaAllah  nanti tahun depan nak start home school untuk Ayra jugak. 

Kulit anak aya tidak sensitif dan tak ada ekzema. Alhamdulillah.


Dah besar dua orang budak bijak ni hehe. kesayangan!


Ayra suka kunyah macam tu je omega, dasyat budak ni hahaha
fav Ayra omega ni!

Ibu2 yang nak perkembangan anak2 cepat dan laju boleh cuba omega ni.
boleh dapatkan daripada Aya ye.


Selamat memilih yang terbaik buat ibu dan anak2 ye, ouh ye jika ibu mahu berhubung dan berukhwah dengan Aya boleh contact di sini . klik sini link ke wasap Aya


Boleh follow aya di facebook : Aya Zuki

Instagram : @ayazuki222


Aya mahu berkenalan dan bersahabat dengan ibu2 semua, nanti kita boleh bertukar pengalaman, bertukar tips dan berukhwah, keep in touch ye! Aya suka berkongsi tips  ;)


Thank You Ibu sudi singgah blog Aya :)

Continue Reading