fuhhh baca tajuk pon dah seram sejuk..
sekarang ni macam2 produk yang dipasarkan..
lambakan produk!
semuanya menjanjikan kita kulit dan gebu dan mulus~
siapa xnak gebu kan??
saya pon nak!! nak!! hee
MERKURY?
apa itu merkuri???
merkuri adalah sejenis logam! bayangkan merkuri tu dicampur dengan produk kita.lepas tu
kita sapu kat muka kita...terus meresap dalam kulit dan salur darah kita..haish!!tidak!!
ok baca ni..penting!
- secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut. Jadi, jika krim yang anda gunakan berbau logam atau berbau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan juga dalam senarai "yang disyaki"... :-)
- Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu.. :-) ). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
- Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
- Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar...
- TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI (mesti ramai yang suka kan?). Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi.
- Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika? :-)
- Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya...
hermmm takotnyaa..
T__________T
ok jangan cemas.. jom kita check ciri2 cream yang mengandungi merkuri mcm mana\
|
sebelah kiri gambar merkuri/logam.. kanan ciri2 warna krim merkuri |
nah ni dia.. ciri2 cream merkuri..mesti uols semua pernah nampak kan cream yang
macam ni..warna kuning..night cream warna putih..lepas tu melekit2.kan?
perasan tak berlambak produk kat malaysia tu sepesen je night cream dan day cream.. semua warna kuning dan putih..bau pon sama ok!!
mari kita bongkar dan terjah lagi!! ecewahhh emo je..
|
ciri warna krim yang mengandungi merkuri |
tau tak yang sebenarnya pengusaha kosmetik ni mereka borong berkilo2 krim ni semua dekat indonesia..lepas tu letak jenama sendiri.. just rebranding dan repack saja.
kalau korang nak buat produk sendiri pon boleh..janji ada duit je.. 50k jalan la bisnes..
patot la sepesen je..
korang paham2 jela produk mana yang terlibat ni..tengok night cream dan day cream saja sudah tau produk mana yg terlibat..tak nak mention kat sini.huu
saya pon dah terkena..huwaa kasihan wajah ku selama ni dok oles kimia bahaya kat muka..
jenama apa rahsia..tp warna macam kat atas ni la.. kulit menggelupas..arghh.. tp lepas tu memang cantik la kulit tu..tp lama2 rasa mcm something wrong je.. memang mula2 kulit cantik giler! tp bila stop fuhhh habis la muka..jadi gelap, kusam, naik bintik hitam..
tapi saya bernasib baik sebab time pakai produk jenis mcm ni saya x pakai selalu..pakai kejap je.sebab rasa was2 dan x sedap hati..saya cepat2 rawat guna tradisional punya..so kulit saya xda buat masalah la lepas tu..nasib baik x jadi gelap..haa cuma satu je tiba2 naik jeragat atau bintik2 hitam ye..arghh!! sedih tauu x pernah ada tiba2 naik..nampak tak?hurmmm..
baca ni :(
ok kamu semua kalau ada yang terpakai produk bahaya yg mengandungi merkuri sila buat ini ye..
tapi tak semua produk local ni bahaya.. so kamu semua kena pandai2 pilih la.. kadang2 ada kelulusan KKM pon xleh nak percaya sangat..time hantar pergi makmal mereka ambil sample yg x dicampur dengan merkuri lagi..lepas dah dapat kelulusan baru mereka campur..macam2 hal sekarang..
|
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK! |
ok bersambung di entri seterusnya..
ok thankS to page
Bahaya CREAM Mercury
kredit maklumat kat page ni
https://www.facebook.com/pages/Bahaya-CREAM-Mercury/1380637845492067