Tuesday 12 October 2021

AYA ZUKI | PENGALAMAN D&C (CUCI RAHIM) DI ANDORRA BERSAMA DR KHAMSIAH

Assalamualaikum semua!

Pada waktu posting ini ditulis alhamdulillah aya baru sahaja 12 hari habis berpantang selepas d&c. Merdeka! haha

Aya zuki



Aya nak share pengalaman buat D&C di Adorra Women And Children Hospital. Adorra ni terletak di Sri Kembangan, Selangor. Bersebelahan je dengan Stesen minyak Shell yang menuju ke highway SKVE.
cantik kan? memang cantik!


Selepas checkup dan pergi buat confirmation lagi sekali dengan Andorra memang terpaksa kena cuci rahim jugak. Tak expect jugak benda ni sebab Aya memang tak ada masalah langsung sepanjang kehamilan. Tak ada bleeding dan tak ada cramp perut ke apa. Semuanya smooth sahaja. Speechless jugak pada mulanya.

Dan perasaan Aya time tu lebih ke arah takot nak kena D&C, macam - macam la yang bermain di fikiran, paling takot adalah "sakit ke proses D&C tu?" 

Jadi aya pon mula la google dan tanya kawan - kawan pengalaman mereka, boleh dikatakan semua bagi feedback negetif haha, katanya sakit yang teramat proses D&C ni, lagi sakit dari proses bersalin, fuhh koyak jugak la dengar, sampai tak boleh tidur malam duk menangis hahaha.

Dorang cakap kalau dekat Hospital Kerajaan tak ada bius, doktor korek hidup - hidup. Tak tau la betol ke tak apa dorang cakap tu, sebab Aya tanya doktor swasta masa checkup tu Dr cakap Hospital Kerajaan bius je. so tak tau la yang mana satu betol, seram jugak tu kalau tak bius. Boleh jadi gila jugak la.

Dan waktu pendamik ni doktor suggest avoid Hospital Kerajaan sebab sana kan full dengan pesakit covid, dorang pun busy sekarang. Lebih merisaukan takot berjangkit covid! 

Doktor dekat swasta ni pun ada cakap better tak payah pergi jugak D&C di goverment buat masa sekarang sebab full dengan pesakit covid dan ibu hamil. Beri laluan pada yang lebih memerlukan. Mungkin hanya akan dapat ubat untuk janin keluar sendiri, dan benda tu boleh buat ibu jadi trauma menahan kesakitan di rumah dan bleeding teruk. 

So Aya decided nak buat dekat Andorra since memang dah plan dari awal nak bersalin di situ nanti. 



Sangat selesa dan cantik suasana di Andorra. Sedikit sebanyak tenangkan hati yang gundah ini.

Alhamdulillah rezeki Aya founder Andorra sendiri iaitu Dr.Khamsiah yang handle kes Aya. So humble dan lovely!

Motherly sangat tau! Dr.kham usap2 muka kita, cium dahi dan usap tangan. Auch terharu!




Aya admit pagi dalam 8am, dan kena puasa sebelum proses d&c bermula. Tapi kena posponed pulak sebab tiba2 ada patient kena ceaser last minit. Jadi waktu aya kena posponed ke tengahari. 

Time tu lapar teruk jugak lah. Dan actually aya gih makan sikit sebab lapar tahap teruk sangat, dan dorang gih hidang makan pulak. Lepas makan rasa takot pulak, terus call adik tanya apa effect kalau makan. Kena marah teruk dengan adik huhu. Adik aya pon pon bidang medik jugak, jadi dia bagitau apa kesan dan kenapa kena puasa. Huwaa takot dengar. Apa kesan dia korang boleh google sendiri okeh. Tapi sangat bahaya! Sisa makanan boleh clog lung kita sebab bila kena bius nanti badan kita akan stop berfungsi. Korang jangan buat perbuatan ini okeh sobs.

Tengah lapar, tiba2 hantar makanan yang sedap ini. Bagaimana saya nak puasa. Cuba jawab? Wahahah


Dan tibalah masa untuk aya di bawa masuk ke dewan / bilik untuk proses D&C, pelbagai perasaan time ni. Hanya zikir dan selawat menjadi peneman saat ni. Takot sangat kalau sakit. 

Dr. Khamsiah datang dan tenangkan Aya, beliau cakap “puan jangan risau, dekat Andorra ni kita tak guna kurret untuk keluarkan janin. Kita sekarang guna mesin vacuum, lebih selamat dan tak cederakan rahim. Kalau kurret tu boleh cederakan rahim dan boleh ada risiko rahim bocor”

“Nanti lepas bius, puan tak akan ingat apa2 pon tentang proses ni”

Ya Allah lepas dah masuk dewan tu makin gementar dan lagi takot wehh dari nak bersalin!! 

Dr khamsiah mula masukkan bius, seingat Aya 3 kali..

“Okay puan mengucap sekarang, baca sama2 ikot doktor ye”

Cukup mengucap kali ketiga….. ku rasa macam pejam mata kejap, lebih kurang macam terlelap 3 saat. Lepas tu bukak mata balik.

Aya pon tanya nurse,
“Nurse bila kita nak start?”

Nurse pon cakap “dah siap puan proses d&c, kami akan tolak puan berehat di bilik semula ye”

“Haaa dah siap? Tak rasa apa2 pon, macam tak start lagi pon” hahaha speechless wehh. Sampai dekat bilik tengok encik suami tunggu di situ. Tanya suami pukol berapa sekarang?

Dah pukol 4 lebih katanya. Fuhh dasyat kesan bius tu. Rasa macam baru pejam mata 3 saat, rupanya dah berejam berlalu. Sumpah tak ingat dan tak tau apa langsung apa yang berlaku.

Tanya nurse “boleh ke saya nak tengok janin saya tu?”

Nurse cakap “kejap lagi saya bawak, tapi puan jangan trauma pulak ye tengok, sebab dah hancur2 sebab kita vacuum untuk tarik”

Then nurse pon tunjuk dekat Aya dalam bekas, sebak jugak lah time tu tengok badan dia dah hancur2 kena sedut 😢

Selepas 1 jam lebih aya tidur dan rehat dr khamsiah datang dah tanya keadaan aya. Cek aya. Dr khamsiah sempat lagi bagitau kalau nak peregnant lagi tunggu lepas 3 bulan dah boleh hamil semula. Hahaha risau bulan ni mengandung balik je 😂



Aya sejenis yang mudah lekat kalau tak jaga. Actually tahun ni dah dua kali pregnant huhu. Tapi jatuh tangga tergolek. Sebulan kemudian pregnant balik. Risau jugak kadang2 kalau jenis mudah lekat ni. Kena jaga betol2 huhu. Buat masa sekarang nak rehat dulu kalau boleh. 

Lepas operation D&C terus alahan hilang wehh, lapar teruk terus haha. Alahan akan tetap ada selagi tak D&C, lepas D&C terus hilang. Nikmat makan datang balik.

Petang tu dapat sajian lagi dari Chef Zubir, memang sedap gilos menu2 di Andorra. Next anak nanti nak datang sini lagi hehe. Takde trauma dan tenang2 aja. Alhamdulillah.

Sedapnyaa ikan kukus stim dan ayam kari kot. Tapi versi sihat.



Sebelum tu punya la gelabah, yelah tak pernah lalui kan. Menangis berhari2 dan stress jugak fikir pasal D&C, rupanya tak sakit pon macam yang orang cerita. Alhamdulillah sangat semuanya dipermudahkan.

Untuk ibu2 yang mengalami masalah seperti Aya, jangan stress2. Teknologi sekarang dah makin maju. Tak sakit dah.


Lepas maghrib aya dah boleh discharge. Bermula la journey berpantang di rumah.


Ouh ye, kos untuk D&C di Andorra sama macam nak bersalin normal jugak. Total semua habis 4-5k jugak.

Aya sangat berpuas hati dengan servis di Andorra dan tiada trauma emosi sepanjang proses ini. Enjoy dan rasa nak duduk lama lagi di Hospital 😂

korang boleh share entry ini kepada kenalan anda yang bakal lalui proses D&C

0 orang berceloteh:

Post a Comment