Friday 7 January 2022

Skincare Rutin Selepas Breakout Kesan Produk Merkuri | Aya Zuki


Hari ni Aya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman kulit wajah breakout akibat pakai produk yang mengandungi merkuri dan bahan bahaya. Pernah lalui pengalaman perit ini sewaktu umur 20 tahun, time tu zaman study dan ketika itu lambakan produk merkuri memang banyak, dari siam pun banyak. Dulu - dulu belum cerdik lagi tentang ilmu skincare, habis kulit ku ganyang dengan skincare merbahaya 3 beradik tu, yang ada set 3 serangkai ( pencuci sabun, day cream dan night cream tekstur yang pekat likat berkilat. oh no! Ha awak pun ada pengalaman yang sama ke? hehe

Mula - mula memang cantik kulit, gebus dan bertambah putih kulit yang memang sedia putih, malah seputih mayat jadinya HAHA. Selepas 3- 6 bulan nah! Habis naik jerawat dan biji - biji putih di bawah lapisan kulit dan tiada punat. Memang malu nak tunjuk muka breakout ketika tu. Level keyakinan diri terus jatuh lif!
zaman study dulu haha (berjerawat) 
dulu jarang bergambar masa muka teruk


Waktu sem 3 Aya mula kenal dengan produk Shaklee, curi - curi makan vitamin C Shaklee yang kakak punya. Alhamdulillah memang nampak perubahan yang ketara kulit dah kurang berminyak, jerawat mengecut dan parut ada yang mudah pudar dan ada yang degil hilang, pernah alami?
FULL SET YOUTH SKINCARE SHAKLEE

Kulit wajah Aya jadi sangat sensitif dan tak boleh pakai sebarangan selepas breakout, namun 3 tahun lepas aya telah dikenalkan dengan skincare Youth Shaklee, Aya tengok pula kulit orang - orang yang pakai skincare YOUTH ni memang CANTIK dan AWET MUDA!
KULIT AYA HASIL YOUTH :)


Jadi Aya mula pakai full set, item yang ada

1) LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
Pembersih pH seimbang bebas Sabun 3 dalam 1, pembersih ini mencuci lembut, dan memastikan kulit kita bersih dan sedia untuk produk youth yang seterusnya.

Luminating Cleanser Youth Shaklee ini mengabungkkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk MENGHALUSKAN DENGAN LEMBUT, MENYUCI DENGAN MENDALAM KE LIANG PORI

Pencuci Youth Shaklee sangat best tau, sebab lepas cuci kulit kita tak rasa merengsa/ kering tegang yang buat tak selesa seperti kebanyakan clenser yang aya pernah pakai, kulit kita rasa lebih moist / lembab selepas mencuci muka. Kalau korang pakai make-up ringan / nipis, boleh dicuci terus hanya sapukan dengan kapas. tapi kalau pakai solekan tebal, perlulah menggunakan make-up remover dulu, sebelum mencuci. 

Pencuci Youth pakai sikit je pun dah memadai dan mencuci sampai ke liang lahad, eh liang pori! haha 

Bahan utama yang diguna oleh Luminating Cleanser Youth Shaklee : 
  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

2) PERFECTING SKIN TONER
Dah cuci wajiblah pakai toner. Ia akan bantu exfoliate sel kulit mati, menghidrat dan beri khasiat untuk kulit kita. Tuang toner ke kapas / tapak tangan kemudian lap muka perlahan-lahan sampai meresap. Rasa segarnya kulit tu macam baby. hehe

Perfecting Skin Toner membebaskan sel-sel kulit kita yang kusam dan buang kotoran yang menyumbat pori. 

Bahan utama yang diguna oleh Perfecting Skin Toner Youth Shaklee : 
  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

3) YOUTH ACTIVATING SERUM
Produk ini mesti ada dalam senarai wajib skincare kita. Ia akan merangsang penghasilkan sel kulit baharu. Serum ini teknologinya telah dipatent oleh Shaklee.

Serum Youth dipakai pada waktu malam, sebelum tidur. Jeragat aya semua hilang! memang sangat powerful serum ni, aya akan mix kan dengan nigh cream. Plumpy habis skin, sangat ketara ye beza!
Serum Youth mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang bertindak memperbaharui sel kulit dari dalam. Terdiri daripada campuran vitamin A, polifenol dan YOUTH COMPLEX. 

Mengalakkan kolagen dan pembaharuan sel kulit hingga ke peringkat kulit paling dalam. Serum Youth Activating sangat pekat tau. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam Serum Youth adalah YOUTH Complex dengan apple stemcell, Lotus Japonicus, Vitamin A bercapsul. Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & hasilnya sel-sel kulit menjadi awet muda


4) AGE DEFENSE MINERAL MOISTURIZER SPF 50
Krim pelembap memberikan perlindungan daripada sinar UV. Krim pelembab dilengkapi SPF 50 UVA / UVB sinar matahari malah turut melindungi kuit daripada pencemaran alam sekitar dan radikal  bebas. 

Cuaca Malaysia sangat panas, jadi Shaklee formulakan Khas untuk pengguna Youth Asia  rumusan SPF 50, yang sama sekali tidak menutup pori kulit sebagaimana krim SPF lain di pasaran. MOITURISER Youth istimewa tau, sebab Moisturiser Youth adalah Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori), best kan? jadi tiadalah berpeluh-peluh muka kita. 

Krim pelindung matahari Youth ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer daripada hidupan laut. Ni lah rahsia kulit glowing namateyyy selepas mekap, sebelum make-up Aya akan sapu age defense mineral moisturizer SPF50 ni dulu. Make up akan bertambah cantik dan tidak crack!


5) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH OR LIGHT) 
Krim sangat penting. Krim malam Shaklee YOUTH bertindak menghidrat dan melembutkan kulit semasa tidur. Ia akan meresap masuk ke dalam lapisan dalam kulit. Hasilnya kulit yang lebih segar, anjal dan sihat.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu mengaktifkan kolagen dan keanjalan untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin dan paling istimewa lebih berseri bila bangun pada pagi keesokannya. hiks


6) RADIANCE C + E CAPSULES
Kapsul yang sangat istimewa, pati Vitamin C dan E 20 peratus (%) tulen. Kepekatan 20% Vitamin C adalah antara yg tertinggi di pasaran. Kebaikan Vitamin C adalah untuk menghilangkan parut, melicinkan kulit, mengurangkan garis halus, mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat. Radiance ni adalah KING dalam Youth. Radiance C+E ni dibuat dalam bentuk kapsul sebab nak lindungi kandungan PURE VITAMIN C + E kat dalam tu dan elak teroksida. Yang berkualiti pasti terbaik untuk kulit. 

Kapsul tu sendiri pun bukan dari bahan sintetik tau, tapi ia dihasilkan dari biodegradable source. 
Betapa Shaklee sangat mementingkan keselamatan bukan sahaja untuk kita yang menggunakan produk² Shaklee tetapi juga selamat untuk bumi kita.

Dah lah bahan pure! Selamat pulak tuuu. Best kan?
‘KING’ of YOUTH SKINCARE ni tau korang. Bukan yasherr² ni

7) BB CREAM
Diformulasikan dengan polifenol anggur muscadine untuk melindungi dari radikal bebas yang merosakkan, ditambah dengan vitamin C, E, dan B5 untuk menyihatkan kulit.  Green Algae membantu meningkatkan keanjalan, sementara polimer yang berasal dari lautan membuat perisai perlindungan pencemaran.  Zink yang dihasilkan secara semula jadi memberikan perlindungan matahari SPF 30 Broad Spectrum UVA / UVB bebas bahan kimia.

Produk YOUTH® semuanya 100% bebas vegan dan kekejaman haiwan. Inilah make-up harian Aya, sangat selesa kerana tidak pekat, tekstur yang ringan dan tidak menyumbat pori.

Paling penting bila make-up skin jadi glowing persis korea! kihkih

wajib cuba gais!! 



8)RESTORING EYE TREATMENT YOUTH
Eye treatment menjadi kewajipan buat wanita yang selalu penat berjaga malam, terutamanya ibu-ibu yang banyak berjaga malam, kurang rehat, mahupun yang melakukan bisnes secara online kerana terpaksa selalu menghadap skrin handphone dan laptop. Untuk kawasan sekitar mata, kita tidak boleh menggunakan krim yang sama dengan apa yang kita guna dengan kawasan wajah yang lain kerana kawasan sekitar mata adalah lebih nipis.

Tambahan pula, kawasan sekitar mata menjadi tumpuan kerana biasanya kita lihat pada mata terlebih dahulu apabila kita melihat wajah seseorang. Di situ jugalah tanda penuaan mudah terserlah. Penampilan mata kita juga menjadi indikasi kepada kesihatan keseluruhan kita.

Jadi, selain menjaga kesihatan dalaman, kita boleh ikhtiar dengan krim mata ini supaya mata kita nampak lebih muda dan segar.

Penggunaan YOUTH Restoring Eye Treatment selama 28 hari, 2 kali sehari, telah terbukti secara klinikal mampu:
  • Mengurangkan garis halus (fine lines)
  • Kedutan (wrinkles)
  • Garis pada tepi mata (crows feet)
  • seawal 7 hari dengan adanya Peptide Blend yang unik iaitu gabungan asid amino di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment ini.

Selain itu, YOUTH Restoring Eye Treatment juga mampu:
  • Mengurangkan mata sembap
  • Mengurangkan lingkaran hitam mata
  • Menghaluskan kontur mata (mata akan nampak lebih segar dan tidak letih)
  • Memberikan keanjalan
  • Melembapkan sekitar mata

Cooling Tip unik pada YOUTH Restoring Eye Treatment mampu menyegarkan dan memberi tenaga pada kawasan sekitar mata dengan urutan micro circulation. Kita akan rasa sejuk dan selesa selepas pemakaian. Ia juga memastikan krim mata diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Kelebihan YOUTH Restoring Eye Treatment

Bahan di dalam YOUTH Restoring Eye Treatment


HASIL KAJIAN SHAKLEE? BETUL KE Set Shaklee YOUTH TERBUKTI?


Aya tahu, dah tentu ada yang tertanya-tanya betul ke jika kita amalkan Shaklee YOUTH, kulit kita akan kelihatan lebih sihat 10 tahun dari usia? 

Shaklee benar-benar buktikan, Hasil kajian dan ujian klinikal, pemakai yang konsisten akan mendapat hasil yang sangat wow! Skin Age Index digunakan bagi menentukan usia sebenar kulit kita.

APA ITU INDEK USIA KULIT?

Indek ini merupakan ukuran tanda-tanda penuaan utama kulit kita. Indek Usia Kulit akan menentukan tahap kedutan, tona kulit, ketegangan / keanjalan dan tekstur kulit seseorang (lembut / kasar)

Ini memberikan maklumat, klinikal untuk membuktikan Shaklee YOUTH mempunyai kesan keremajaan pada penampilan & umur kulit.

Shaklee ambil masa selama 8 tahun tau untuk buat kajian barulah Youth di pasarkan. Lama giler kan?
SET PERMULAAN
 
SET RAWATAN KHUSUS ( PERUT LEKUK, GARIS HALUS, JERAGAT)

3 Tahun setia bersama skincare Youth Shaklee
(klik pic for HD)


Haa untuk anda yang dah terlioqqq nak cuba jugak set Youth Shaklee ni meh masuk meminang dengan aya, nak mai merisik dulu pun bolehh

Ingin Beli Vitamin Pada Harga Jimat?
Ingin Jana Income Hanya Dari Rumah dengan Shaklee?
 Jom Jadi Ahli Shaklee, Makan Sendiri Pun Boleh Dapat Bonus, Malah Banyak Lagi Manfaatnya

SAYA BELUM JADI AHLI SHAKLEE? 
SAYA BERMINAT JADI AHLI SHAKLEE & BUAT BELIAN SUPLEMEN, APA PERLU SAYA BUAT? 


JANGAN RISAU BOLEH HUBUNGI MASTER AYA ZUKI DI SINI (KLIK) whatsap
Media Sosial saya klik sini


Than You sudi singgah ke blog Aya :)

0 orang berceloteh:

Post a Comment