Wednesday 5 January 2022

Cerita Bisnes Part Time yang menguntungkan | Aya Zuki



 Sudah hampir 8 tahun Aya berkecimpung dalam  dunia perniagaan, sudah banyak bisnes yang telah Aya cuba, banyak pengalaman yang dapat sepanjang 8 tahun dalam dunia bisnes.

Bermula daripada dropship produk lokal, naik jadi agent dan juga stokis semuanya Aya pernah lalui, pernah juga buat bisnes kerusi tangas (rawatan amalan tradisional), ketika itu Aya tengah sarat hamil dan penat nak uruskan kerusi kayu yang besar dan berat tu seorang diri, jadi ambil keputusan untuk stop sebab bagi Aya bisnes itu hanya boleh bertahan ketika Aya masih sihat sahaja. Setelah 5 tahun Aya mula rasa penat buat bisnes bermusim. Aya pasti ramai yang rasa macam ni kan? rasa penat buat sesuatu benda yang bermusim.

Zaman berniaga kerusi tangas

Pada penghujung 2018 Aya mula mencari bisnes lain yang boleh beri peluang yang lagi besar dan luas, mencari satu bisnes yang boleh kekal releven sepanjang masa, ketika itulah pada Disember 2018 Aya baru tahu rupanya bisnes Shaklee ni boleh dapat income dan peluang biz yang sangat lumayan, sedangkan Aya dah consume dan menjadi Shaklee lover selama 7 tahun.

dah 10 tahun jadi Shaklee lover now

Dipendekkan cerita bermula la perjalanan dalam bisnes Shaklee, selepas study Shaklee compensation plan, masyaAllah rasa impress sangat sebab betapa pemurahnya Shaklee ni, macam - macam pengedar Shaklee boleh dapat dalam bisnes ni dan bisnes ni sangat simple dan flexible di mana- mana.

Selepas mendaftar Shaklee, Aya mula buat secara part time sahaja kerana masih sibuk dengan kerja hakiki dan Aya mempunya anak kecil dan sedang hamil anak kedua ketika itu,

Namun perasaan ingin berjaya di dalam Shaklee sangat berkobar - kobar, dan Aya nak unlock dengan segera 3C yang Shaklee tawarkan itu.

Apa 3C tu? Cash Bonus, Car Bonus dan Convention Bonus (kecur liur sangat haha)

Aya tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai penghalang untuk lambat berjaya di dalam Shaklee, namun Aya jadikan itu semangat dan big why supaya tidak perlu penat bekerja dari pagi sampai ke malam sampai bila - bila. Jika bekerja dengan orang, yang membina impian boss pon Aya boleh komited, inikan pula bisnes yang bakal menjadi legasi kepada anak cucu Aya, semestinya Aya akan buat dengan bersungguh - sungguh lagi. Mulakan langkah dengan menyusun jadual harian, dan bangun lebih awal sejam daripada biasa (5am) untuk Aya buat beberapa set copywriting dan content untuk memastikan setiap hari Aya sentiasa berdisiplin dan konsisten untuk buat perkongsian di media sosial.

Order bersusun dari customer, ketika ini masih di ofis

Alhamdulillah hasil tidak mengkhianati usaha, bulan pertama buat part time Shaklee Aya berjaya rank up ke rank pertama Shaklee ( disember 2018). Masuk tahun baru januari 2019, berjaya lagi rank up ke rank senior supervisor Shaklee.

Sepanjang 2019 Aya sangat sibuk membina dan membesarkan lagi bilangan ahli dalam organisasi Aya iaitu Miraculous Tycoon. Pada tahun 2020 satu dunia di uji dengan isu kesihatan virus covid-19, pada mulanya agak risau, namun ketika negara dilanda isu kesihatan, bisnes yang offer kesihatan yang baik la yang akan paling naik, wahh bisnes Shaklee kalis PKP, di saat banyak bisnes tutup di waktu PKP dan tidak dapat bertahan namun bisnes Shaklee naik sangat mendadak dan pada waktu ini Aya mengambil peluang untuk cipta kejayaan lagi pada tahun 2020. Alhamdulillah walaupon Aya buat bisnes Shaklee secara part time namun Aya tidak ambil mudah, pada september 2020 Aya telah berjaya menghantar surat resign kepada boss, dan pada bulan oktober Aya full time ber bisnes Shaklee dari rumah dan alhamdulillah pada bulan oktober 2020 Aya berjaya mencapai rank yang tertinggi di dalam Shaklee.

Alhamdulillah berjaya genggam Master Coordinator

Segala penat lelah, sabar membina akhirnya semuanya sangat berbaloi dan menguntungkan. Hasil daripada bermula bisnes part time yang paling menguntungkan ini Aya berjaya mendapat income bersih 5 angka dari Shaklee setiap bulan (ada pay slip yang sangat laku di bank), berjaya membeli rumah kedua kami (kondo di sg.besi KL), berjaya mendapat tajaan car bonus dari Shaklee.

Aya Zuki
Beli Honda HRV RS guna tajaan car bonus Shaklee
aya zuki
Kunci Car Bonus idaman setiap SID Shaklee :)
 
aya zuki
Alhamdulillah trip achiever tajaan ke Europe

Tajaan Ke Korea pon dapat yahoo!
September 2022 ni fly ke Korea hasil biz Shaklee, doakan nak skor trip ke Swiss pula ni. hiks

Bermula dari angan - angan dan kini banyak impian menjadi realiti! Paling mengembirakan dapat berbakti kepada ibubapa dan dapat rezeki untuk beri duit bulanan 4 angka kepada mereka asbab biz shaklee.

Tahun 2021 Aya masih setia dan komited bersama bisnes Shaklee, alhamdulillah tahun 2021 Aya menyusun training module khas buat organisasi Aya, module yang lebih sistematik, evergreen everlasting.

Dan 2022 genab la Aya 3 tahun bersama Shaklee, misi Aya untuk tahun ini adalah untuk mengukuhkan lagi foundaion/base biz partner supaya semua kaki lebih kuat dan tak mudah goyah dilanda badai.

Bisnes yang sangat simple dan hanya bermodalkan rm35 sahaja, tak perlu pegang stok, hanya perlu place order customer di website Shaklee sahaja dan Shaklee akan uruskan 100% penghantaran kepada customer,  sangat mudah kan?

Kalau korang tengah mencari bisnes part time yang paling menguntungkan dan bisnes paling releven sepanjang zaman, jawapannya adalah Shaklee! Make sure pilih group @ upline yang ada masa dan boleh guide korang. 

Offline coaching
 
Join under Aya untuk sebab Aya ahli Viktoria, so kita boleh coaching dekat center Viktoria yang paling classy dan exclusive ni. gitcheww


Korang wajib jadi biz partner Master Aya Zuki! banyak kelebihan bila join team Aya.

  • Sistem training/ modul yang sistematik
  • Aktif dengan training online
  • Boleh join seminar di Viktoria center yang sangat exclusive 
  • Semua kelas tiada requirement dan boleh access secara percuma
  • Tiada paksaan dan penindasan dalam bisnes
  • Bebas politik bisnes
  • Bagi tips kecantikan dan kesihatan
  • Stok fresh dari Hq
  • Dapat join kelas free daripada pegawai nutrisi bertauliah Shaklee
  • Mengamalkan sikap menghormati setiap privasi ahli
  • Mentor yang sentiasa energetic
  • Ajar cara makan yang betul dan berkesan
Nak dapatkan khidmat exclusive dari Aya kena join Aya tau!

klik sini untuk hubungi Aya ;)





0 orang berceloteh:

Post a Comment