Friday 17 September 2021

Aya Zuki - Bahagia Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee



BERSERAH atau MAHU BERUSAHA?

Saya memahami isu ini sangat sensitif, namun ianya memerlukan penyelesaian, kerana semakin berumur wanita maka semakin tipis peluang untuk hamil. Berikhtiarlah secepat yang mungkin.


MENGAPA SEMAKIN MENINGKAT USIA KESUBURAN WANITA AKAN MENURUN?
Kerana semakin bertambah usia, maka sel telur wanita akan semakin berkurang, sebab itu wanita yang berusia 35 tahun ke atas akan mula menurun tahap kesuburan dan semakin tipis peluang untuk hamil.

Memahami keadaan pasangan ttc, kebiasaannya Setahun perkahwinan masih tidak mengapa, namun jika sudah melebihi 2-5 tahun orang akan mula bertanya dan membuat kesimpulan sendiri. Perkara ini membuatkan pasangan ttc terluka dan stress.

Walau bagaimana pun nasihat Aya buat pasangan yang sedang ttc perlulah lebih terbuka dan rasional untuk melihat soal zuriat ini adalah soal ketetapan ilahi dan kita berusaha berbincang dan mencari penyelesaian. Yang penting anda perlu segera mendapatkan khidmat kaunseling keluarga dan berjumpalah dengan pakar perubatan bahagian sakit puan untuk mengetahui punca sebenar masalah anda dan pasangan.

Kebiasaan nya bila bab kesuburan orang sering salahkan pihak wanita, sebenarnya TIDAK YE! Kerana kes ketidaksuburan 40% berpunca daripada wanita dan 40% adalah daripada lelaki, manakala 20% berpunca daripada kedua-dua pihak.


JOM KITA BACA PUNCA SUKAR UNTUK DAPAT ZURIAT?

klik gambar untuk lebih jelas dan HD


Punca wanita tidak subur :
  1. Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  2. Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  3. Penyakit berkaitan kelamin.
  4. Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  5. Merokok.
  6. Pengambilan kafein yang berlebihan.
  7. Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  8. Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

klik untuk lebih jelas dan HD



Punca lelaki tidak subur:
  1. Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  2. Sperma kurang cergas
  3. Sperma yang tidak sempurna
  4. Sekatan pada saluran semen
  5. Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
  6. Terlalu Stress
Sperma Cacat (abnormal sperm)



APAKAH VITAMIN UNTUK MASALAH KESUBURAN INI? DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Vitamin Asas (Family Wellness Set)
vitamin Asas Untuk Hamil ( Klik untuk HD)



ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

1. Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

4. B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.





VITAMIN KESUBURAN

5. Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

6. Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

7. Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

8. GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).





Cara pemakanan supplements
Untuk Suami:
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari.

Untuk Isteri:
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc - 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc - 1 biji sehari, dan,
Alfalfa - 3-5 biji sehari.

CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Untuk pengetahuan, cara pengambilan adalah berbeza mengikut individu. Ini kerana ia bergantung kepada kitaran haid mereka.

1. PERIOD TERATUR
Kira kitaran period. 

Contoh: 28 hari Waktu subur kira-kira hari ke-14. 

Cara makan : Mulakan dari hari pertama kitaran haid,  antara hari  ke-12 atau hari ke-13 berhenti makan GLA. Bersama suami seperti biasa kerana waktu ini adalah waktu subur anda. Ada juga yang mencadangkan berhenti makanpada hari ke-14. Boleh juga tak ada masalah, cuma kita tak tahu dengan tepat bila telur akan keluar.

Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 

Selepas berhenti jangan teruskan makan dulu. Kalau haid lambat datang, silalah buat ujian kehamilan. Kalau hamil, jangan makan GLA. Jika tak hamil, teruskan langkah pertama seperti diatas.


2. Period Tidak Teratur

Cara makan: ambik tiga biji sehari, iaitu sebiji selang 8 jam sehingga period menjadi teratur.

Bila period dah teratur, guna cara 1.

Bila dah di sahkan HAMIL, berhenti kan terus pengambilan GLA Complex tersebut.

Jangan lupa terus berdoa dan minta sungguh2 dengan Allah.

Jika anda atau rakan-rakan anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat di manfaat dan di kongsikan bersama-sama. 


Kita hanya mampu merancang dan berikhtiar, selepas berusaha sebaik mungkin barulah kita berserah kepada Allah s.w.t dan selebihnya hanya yang maha pencipta tentukan rezeki kita selepas kita berusaha.

Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.

Semoga ini yang diberikan ini bermanfaat untuk mereka yang sedang berusaha untuk berikhtiar mendapatkan cahaya mata. Dan jika ada yang berminat untuk dapatkan vitamin- vitamin tersebut dengan Aya, boleh terus contact atau hubungi terus ya. InsyaAllah harga istimewa untuk followers Aya.

Kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa untuk ikhtiar hamil, Allah s.w.t yang menentukan, InsyaAllah.

Cahaya mata adalah cahaya kebahagiaan dalam rumah tangga dan pelengkap hidup pasangan suami isteri. InsyaAllah kita berusaha selagi boleh. Jangan berputus harapan sahabat ku :)




Boleh terus contact aya disini www.wasap.my/60103845625/SetSuburDariBlog

Terima Kasih :)

0 orang berceloteh:

Post a Comment