Thursday 5 August 2021

Kerap Menangis Ketika Hamil? Ini Punca Emosi Wanita Hamil Super Sensitif | Aya Zuki

 

Emosi Ibu Hamil | Aya Zuki
Benarkah emosi ibu hamil boleh mempengaruhi emosi anak dalam kandungan?


Apabila isteri mengandung para suami perlu mengetahui fakta bahawa emosi isteri akan menjadi super sensitif. Mempunyai anak memang sangat membahagiakan, namun di sebaliknya ada dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi, terutama buat ibu mengandung.

Ketika hamil hormon wanita akan berubah. Wanita hamil boleh menjadi sangat sensitif, kerap merajuk dan menangis setiap hari.


Kalau sebelum ni anda adalah seorang yang ceria, sering ketawa, sangat positf mind, namun setelah anda hamil emosi anda telah berubah.

Walaupun perkara kecil boleh trigger emosi anda dan buat anda jadi mudah marah, kerap merajuk dan menangis tanpa sebab.

Tak dapat makanan yang diinginkan pon boleh buat mommy mengalirkan air mata, hehe anda tidak keseorangan, ramai yang mengalami emosi seperti ini. Jangan risau ramai yang faham perasaan mommy :)

Emosi Wanita Hamil : Mengapa Wanita Hamil Sering Menangis?

Emosi yang tidak menentu ini biasanya terjadi ketika trimester pertama, kerana fasa ni adalah fasa mabuk alahan. Bagi saya trimester pertama adalah fasa yang berat yang sangat penting. Namun pada fasa ini lah mommy akan bergelut dengan emosi akibat perubahan hormon.

Ditambah pula pada musim pandemik Covid-19 ini, berjauhan dengan family dan tidak dapat balik ke kampung membuatkan emosi mommy lebih terganggu. Atau ada masalah dalam kandungan juga menyebabkan emosi terganggu.

Emosi Wanita Hamil : Bagaimana Untuk Mengatasi Masalah Perubahan Hormon Ini ?


Jangan ambil mudah perasaan ibu hamil, para suami perlu beri perhatian lebih, keadaan emosi yang tidak stabil dan perubahan hormon ini boleh membuatkan para ibu berasa mudah berputus asa.

Hormon ketika hamil ini tidak boleh dielakkan. namun ada beberapa tips yang ibu boleh follow untuk mengurangkan sensitiviti ibu terhadap semua perkara.


1. Tidur


Dapatkan tidur yang cukup, rehat yang mencukupi dan tidur yang nyenyak dapat membantu mengurangkan emosi sensitif ibu dan bantu mengurangkan hormon yang tidak seimbang.



2. Berfikiran Positif
emosi ibu hamil | Aya Zuki

Buang pemikiran negetif, jangan terlalu memikirkan perkara yang tidak perlu. Rehatkan minda dan elakkan prasangka buruk menguasai diri dan membuatkan anda menangis. fikir yang indah2 sahaja.

Ibu banyakkan berzikir, membaca al-quran ( boleh buka you tube bacaan al-quran jika tidak larat) dan solat sunat, InsyaAllah hati rasa lapang dan tenang.

Fikir atau pun tidak tetap tidak akan merubah keadaan. Jadi buang masa untuk fikir, hanya memudaratkan diri. Baik fikir kesihatan diri sendiri sahaja.

3. Luahkan Perasaan

Jangan malu untuk meluahkan perasaan anda, jangan memendam perasaan seorang diri, saya suka meluahkan perasaan kepada suami dan family. Ibu juga boleh meluahkan perasaan kepada bff jika ibu lebih selesa dengan kawan baik. 

Namun diingatkan ibu-ibu jangan terlalu melayan perasaan. nanti terbawa-bawa dan mempengaruhi emosi baby pula. Bayi comel ibu boleh merasai perasaan sedih itu. Tabahkan hati untuk sentiasa senyum.

Ibu perlu sentiasa belajar untuk kawal emosi. InsyaAllah

4. Ambil Nutrisi Lengkap

Nutrisi yang lengkap ketika hamil sangat penting dan kekurangan zat ketika hamil boleh mempengaruhi kesihatan mental dan emosi ibu, Aya juga sedang hamil sekarang dan sangat menitikberatkan nutrisi yang masuk ke dalam badan setiap hari.

Walaupun rasa mual dengan makanan, namun aya paksakan juga diri untuk makan sedikit, namun tidak cukup zat itu, jadi Aya ambil inisiatif dengan topup zat dalam badan dengan pengambilan supplement.

Ini adalah kehamilan yang ketiga, dan pengalaman Aya untuk dua kali kehamilan sebelum ini Aya ambil full set kehamilan dari Shaklee. Alhamdulillah perkembangan anak sangat memberangsangkan dan berkualiti.

Baby membesar dengan sihat sempurna, malah perkembangan juga lebih cepat dan bijak sangat.

Jom Aya kongsi kan set lengkap ni.



Meh aya share dengan korang secara ringkas kebaikan setiap item ni.

✅B-Complex - lengkap acid folik dan vitamin b yang sangat bagus untuk elak kecacatan baby, bagus untuk elak ibu stress dan meroyan.

✅Vitamin c - bagus untuk kuatkan sistem imun ibu dan baby, mencantikkan kulit.

✅ESP - kaya dengan protein dan kalsium, memberi tenaga untuk ibu, bagus untuk pertumbuhan sel2 ibu dan anak, menyerikan kulit ibu dan kulit baby cantik.

✅Vitalea - multivitamin dan multimineral, membantu naiikan HB ibu, ada sekali iron dalam ni.

✅Ostematrix - kalsium dan magnesium untuk tulang ibu dan baby kuat, elak kekejangan kaki atau simpul biawak.

✅Omega guard - bagus untuk perkembangan otak baby, kaya dengan omega3, DHA, EPA untuk otak baby. Elak sakit sendi ketika hamil, anti radang, elak meroyan, elak kulit anak sensitif.

Aya amalkan set ni setiap kali hamil dan alhamdulillah Journey pregnant dipermudahkan sangat.
Baby Shaklee pon sihat2, bijak, kulit gebu dan kuatt 😍

Kalau ibu-ibu berminat nak cuba set ni boleh dapatkan dari Aya, kerana aya berpengalaman untuk guide ibu cara pengambilan yang betul, kerana Aya sentiasa mengamalkan. Set vitamin ni perlu di ambil dengan cara yang betul, baru ibu dapat menikmati secara optimum khasiat sepenuhnya!



Jika ibu mahu berkenalan lebih lanjut dengan Aya boleh follow fb dan instagram Aya. di sana Aya juga berkongsi banyak tips!

facebook Aya Zuki
instagram @ayazuki222


Boleh contact Aya di whatsapp juga ye ibu,
save no Aya 010-3845625


Thanks sudi singgah baca blog Aya!






0 orang berceloteh:

Post a Comment