Disaat Fatimah menangis kerana
penat menguruskan rumahtangga, Rasulullah saw berkata kepada puterinya..
''wahai Fatimah, kelebihan setiap
wanita mengeluarkan peluh ketika mengisar tepung dan memasak roti (makanan)
untuk dihidangkan pada suami dan anak-anaknya, ALLAH akan membina parit
diantara dirinya dengan api neraka bagi menghalang dari panas api neraka. jarak
antara 1 parit ke 1 parit sejauh langit dengan bumi'' .
''wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya kerana memotong bawang untuk masakan keluarganya, maka ALLAH akan membalas pahala sebanyak pahala orang yang menangis kerana takutkan ALLAH'' .
''Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang, menenun dan menjahit pakaian untuk keluarganya, ALLAH mencatatkan kebajikan sebanyak jumlah benang yang ditenun dan dihapuskan pula 100 dosa'' .
''wahai Fatimah, setiap wanita yang menyikat rambut, mencuci pakaian keluarganya, ALLAH akan membalas dengan pahala sebanyak jumlah rambut yang disikat itu dan menghapuskan dosa- dosanya serta wajahnya berseri-seri di akhirat'' .
''Wahai Fatimah, tiada yang lebih utama bagi seseorang wanita melainkan berada dalam keadaan redha suaminya. sekiranya suamimu tidak redha dengan kamu, nescaya aku tidak akan berdoa untukmu'' .
ketahuilah bahawa redha ALLAH terhadap seseorang wanita bergantung kepada keredhaan suami terhadapnya....
(diriwayatkan oleh Abu Hurairah)
:)
0 orang berceloteh:
Post a Comment