Friday 11 October 2013

kisah wang kertas


















Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan diedarkan.
Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual, Wang RM100 bertanya kepada RM1, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" RM1 menjawab, "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis." Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100, "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" RM100 menjawab, "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet." Lalu RM1 bertanya lagi, "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?" RM100 menjawab, "Belum pernah" RM1 pun berkata lagi, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat." Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.



8 comments:

  1. lucu..tapi sangat mendalam maksudnya..:)

    ReplyDelete
  2. best kisah wang kertas nie.sama2 kita ambil pengajaran

    ReplyDelete
  3. Cerita simple.. bagi mereka yg sekadar membaca tanpa mengambil pengajaran.. iktibar dan muhasabah diri itu amat penting..

    ReplyDelete
  4. sebak akak baca kisah ni.. bersyukurlah walau siapa pun diri kita.. jangan memandang rendah terhadap orang lain..

    ReplyDelete
  5. walaupun nilainya kecil, besar makna pada orang lain yang memandangnya.
    kisah yang berpengajaran, deep!
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..bersyukur sgt sbb rm1 sllu je digunakn utk bersedakh..wlupn nilai xbnyak..jnji ikhlas kerana Allah =) tp teringin jga nk derma byk2 ni..Rasulullah kata..dermalh ape yg pling kita syg..lg besar mnfaat..

    ReplyDelete